Zana.
Zana.
20 years
1438 views

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah M...
4 comments
Share this post

Comments (4)
ashfat
Sememangnya kita kenalah berbangga menjadi Melayu, kerana bangsa Melayu sebagaimana yang kita ketahui telah menempah beberapa kejayaan dimasa yang silam. Janganlah dilenyapkan kegemilangan itu dengan sengketa disebabkan fahaman politik. Isu dadah terlalu membimbangkan kerana majoriti adalah orang Melayu. Sedarlah wahai bangsaku.

buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.
20 years
Zana.
Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka "



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
mAtA haRi
aku???

ade yg cakap aku ni melayu

mungkin la kot

tapi aku bukan kayu

hahaahha haku

ape ek???

wa anak cine

hik hik hik

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
salopet
melayu sekang melayu gaharu

tabiat memang luper selalu

tak penah nak ingat keturunan dulu-dulu

kalau di nasihat ...

pasti jawapan nyer..pak luli sama lu...



dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.