Kuala Lumpur: Sebuah akhbar mingguan tabloid baru Siasah kini muncul dengan gaya baru yang dikemudikan oleh penulis buku politik tidak asing Ahmad Lutfi Othman.
Keluaran sulung tabloid berkenaan kini sudah berada di pasaran dan akan terus muncul dua kali sebulan untuk peringkat permulaan.
Akhbar berkenaan diterbitkan oleh Tinta Merah di mana permitnya milik Mohd Sayuti Omar (MSO) yang juga salah seorang penulis buku politik.
Menurut Mohd. Sayuti, dengan kemunculan semula Lutfi bersam...
Kuala Lumpur: Sebuah akhbar mingguan tabloid baru Siasah kini muncul dengan gaya baru yang dikemudikan oleh penulis buku politik tidak asing Ahmad Lutfi Othman.
Keluaran sulung tabloid berkenaan kini sudah berada di pasaran dan akan terus muncul dua kali sebulan untuk peringkat permulaan.
Akhbar berkenaan diterbitkan oleh Tinta Merah di mana permitnya milik Mohd Sayuti Omar (MSO) yang juga salah seorang penulis buku politik.
Menurut Mohd. Sayuti, dengan kemunculan semula Lutfi bersama Siasah itu akan dapat menghilangkan kerinduaan peminat-peminat tulisan dan buku-bukunya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini penulis berkenaan menyepi kerana keuzuran.
Menurut Mohd. Sayuti yang merupakan rakan rapat Lutfi, mempercayai Lutfi boleh membawa gaya baru serta memenuhi impian masyarakat media kini sesuai dengan dunia global berdasarkan pencapaian serta pengalaman sebelum ini.
Sebelum ini Lutfi pernah mengejutkan masyarakat pembaca Malaysia dengan kemunculan buku-buku politiknya yang kontroversi.
Beliau juga pernah membimbing penerbitan majalah Tamadun, Detik dan akhbar mingguan tabloid Cabaran .
maklumat lanjut http://villailhami.blogspot.com