Phat_Fen
Phat_Fen
20 years
1787 views

Kenyataan

Assalamualikum..

Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Merokok bukan lagi perkara baru bagi pelajar perempuan apatah lagi pelajar lelaki.

Hubungan seks bukan perkara baru bagi pelajar perempuan. Cuma ada yg bebas dan ada yang hanya melakukannya dengan boyfriend sendiri sahaja.

Bersekedudukan antara couple bukan lagi perkara baru.

Bercinta sesama jenis, baik pengkid ataupun gay bukan perkara baru.

Terlalu asyik dengan muzik, mengkaji dan memperjuangkan idealogy barat bu...
4 comments
Share this post

Comments (4)
fifi
Kerosakan akhlak berlaku pada setiap peringkat masyarakat, yakni bukan saja remaja dan muda-mudi, malah dewasa dan berumur.

Justeru, perlu diingat bahawa Allah menimpakan musibah atau bala apabila sesuatu tempat itu berleluasa perbuatan maksiat dan ramai manusia yang tidak berakhlak.

Apabila melihat banyaknya berlaku keruntuhan moral khususnya umat Islam, kita sedih kerana sebagai umat terbaik iaitu umat Nabi Muhammad seakan-akan atau memang sebenarnya kita sudah mengecewakan baginda yakni dengan menampil dan memperlihatkan akhlak buruk yang bertentangan dengan akhlak yang baginda tonjolkan.

Padahal baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Apakah ini bukti cinta kita kepada Nabi Muhammad?

Janganlah kita menganggap keamanan dan kemakmuran serta kemewahan yang Allah limpahkan kepada kita selama ini akan berkekalan apabila melihat banyaknya perlakuan tidak berakhlak atau perkara maksiat terjadi di sana sini.

Musnahnya bangsa terdahulu tidak lain kerana moral mereka yang rosak, seperti kata penyair Arab bernama Syauqi yang bermaksud: "Sesuatu bangsa itu akan tetap teguh kalau masih mempunyai nilai moral, apabila tidak ada lagi nilai moral maka runtuhlah sesuatu bangsa itu".

Segala yang kita terima hari ini berupa keamanan dan kemakmuran adalah ujian Allah. Namun, kita khuatir datangnya kemurkaan Allah apabila perlakuan kejahatan sudah berleluasa di sana sini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya, hendaklah kamu semua menyuruh berbuat kebaikan (makruf) dan melarang berbuat kejahatan, atau kalau tidak, maka takut (khuatir) Allah menurunkan seksa kepada kamu semua, kemudian kamu memohon kepada-Nya, maka pada ketika itu Allah tidak akan memperkenankan segala permohonan kamu.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
20 years
salopet
tul lah kak wan....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Wan Kasmah Daud
Waalaikumsalam ....

Phat & sal ... gejala begitu memang berluasa sekarang ini, walau dimana sekalipun .... hanya Allah aja yang mengetahuinya .....

nak cerita banyak2 pun susah juga sebab al maklumlah kita ni ada anak lelaki dan perempuan ....
20 years
salopet
waalaikumsalam....

byk perkara menyumbang kearah itu sekang nie.......tak leh lari....

cemasss kiter nie...Allah jer yg tau......

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.