mat_kilau
mat_kilau
20 years
1491 views

Nak tanya...nak tanya...

Assalamu'alaikum wbth...

Saya nak tanya dan minta pandangan daripada ahli mymasjid semua, baru2 ni anak saudara saya ada menonton cerita mat saleh (inggeris)...dalam cerita tu ada satu babak sedih yang mana keluarga si hero meninggal dunia...masa proses pengebumian tu, si hero membuat tanda isyarat salib beberapa kali dengan tangannya kedada beliau..mungkin untuk menghormati si mati...

Tetapi masalahnya, masa si hero membuat isyarat salib dengan tangan kedadanya, anak saudara saya turut me...
5 comments
Share this post

Comments (5)
Itaarissa
mak cik salopet...dulu2 saya waktu kecik pun pernah bakar lidi pastuh buat cam semayang cina....sajer suka2...dah mumayyiz tp tak baligh lg...lg pun just suka mengikut sbb tgk citer cina...tak maksudkan apa2 pun.....

lg pun akidah waktu tuh masih ikut ikutan...tak paham sgt...dah tua2 nih baru belajar......

p/s; budak2 suka meniru dan belajar dari persekitaran...ibu bapalah yg wajar menerangkan mana yg salah mana yg betul.

membunuh dgn niat dan membunuh tanpa niat pun dah lain.........

dari segi hukum tanya yg lebih arif.....cuma berkongsi pengalaman waktu kecik2 yg suka meniru perlakuan orang lain tanpa tahu apa hukumnya........(benar/ salah atau boleh tidaknya)
20 years
salopet
waalaikumsalam mat kilau dan semua....

sependapat dgn mohd hamzah...kekadang bebudak suke mengikut-ngikut walau meka sedar...tapi kiter kena tegur dan nasihati dgn bijaksana...

anak makcik dulu lagi bagus cetanyer...dia buat seperti jiran depan umah...bangsa cina...sembahyang...siap guna lidi di bakar lagik.....

tapi alhamdullilahhh...setakat tuh jerk la...masa tuh dia berumur 6 tahun..sekang dia tuh dah berumur 20 tahun....so far.. dia ok menjalani rutin seharian seperti aper yg makcik harapkan....



dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Hamzah
Iman: berkata dengan lidah, berikrar dengan hati

anak Tuan dah akil tapi belum baligh lagi

saya tak suka bagi jawapan panjang, tapi kalau dalam exam markah 10 katakan untuk soalan esei, saya terpaksa bagi jawapan panjang.

bagi saya tak batal aqidah, tapi dia ni perlu ditegur kerana perbuatannya itu.

lagi satu untuk jawapan yang lebih lengkap, rajin2 g solat jemaah tanya ustaz, lagi jelas pandangan diterima

Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
20 years
fendi
Masalah ni merupakan masalah yang besar jugak disebabkan ia berhubung kait dengan soal aqidah...

Apa yang saya tahu, akidah seseorang boleh gugur disebabkan beberapa perkara seperti perbuatan, lisan dan pengakuan hati seseorang...

contoh bagi gugurnya aqidah disebabkan perbuatan ialah dengan sengaja melakukan perbuatan2 yang jelas berunsur syirik dan sengaja sembahyang seperti sembahyang orang2 kafir...

contoh bagi gugurnya aqidah disebabkan lisan ialah dia sengaja melafazkan dan menyatakan bahawa tuhan itu banyak dan bukan satu...bahkan kalau dia menyatakan dengan lidahnya yang ia tidak percaya kepada adanya syurga dan neraka juga menyebabkan aqidahnya gugur...

manakala contoh gugurnya aqidah disebabkan pengakuan hati ialah dia dengan sengaja mengakui bahawa tiada kehidupan sesudah mati...atau mengakui bahawa yang dia tidak percaya kepada Alquran dan tidak mahu menerima pakainya...

pengakuan dari hati adalah berbeza dgn lafaz...

utk dapatkan penjelasan yg baik, dapatkannya dalam kitab 'syarah aqiidah at-thohawiyyah'...

dalam soal anak saudara mat_kilau, sukar ditentukan status aqidahnya kini kerana kita tidak mengetahui hakikat sebenar dalam hatinya samada dia betul2 berniat ataupun tidak...sebab kadangkala ada jugak perbuatan spontan yang dilakukan tanpa berniat...

cara yang sebaiknya saudara mat_kilau ajulah persoalan ini kepada orang yg benar2 alim dan lebih mengetahui...yang maha mengetahui itu Allah swt tetapi Allah swt menghantar 'jawapan' setiap persoalan kepada orang yang mengetahui dan alim seterusnya kepada orang yg tidak mengetahui...mudah2an Allah swt sentiasa bersama kita...

Wahai diriku, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam...
20 years
Imam Nur
The Messenger of Allah said to his uncle(at the time of his death): Make a profession of it that there is no god but Allah and I will bear testimony(of your being a Muslim) on the Day of Judgement. He (Abu Talib)said: Were it not the fear of the Quraysh blaming me (and) saying that it was the fear of (approaching death) that induced me to do so, I would have certainly delighted your eyes. It was then that Allah revealed: Verily thou can not guide to the right path whom thou lovest. And it is Allah Who guideth whom He will and He knoweth best who are the guided (Al Qasas 56)

Abu Hurayrah- Sahih Muslim

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.