DIMANAKAH ALLAH DALAM HATI KETIKA UMAT ALPA DENGAN
Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “dimanakah Allah dalam hati kitaâ€, agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.
Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, dimana ia boleh membantu meningkatkan iman, hubungan serta keupayaan untuk maju dalam perlaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh islam. Persoalan seperti Adakah k...
Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “dimanakah Allah dalam hati kitaâ€, agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.
Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, dimana ia boleh membantu meningkatkan iman, hubungan serta keupayaan untuk maju dalam perlaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh islam. Persoalan seperti Adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita? Sehubungan ini Saiyidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: Sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selain –NYA adalah keicl belaka.
Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang pernuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaannya. Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian islam dengan kata-kata atau perbuatan. Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi yang durhaka kepadanya. Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadanya. Hati mereka berpaut hanya untuknya, semua yang ada dimuka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahaja yang kekal abadi tnapa kesudahan. Justeru, diamnakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita dengannya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadanya atau ada yang lain juga turut menerima cinta kit auntuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehendakinya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadanya? Perhatikan firman allah kepada Nabi daud:â€Wahai daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaku, Aku pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaku pada apa yang aku mahu, maka aku akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangku pada apa yang aku mahu, maka aku akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang aku mahu.â€
Dalam suasana lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud:â€jika mana-mana hambaku mentaati Aku, maka Aku reda kepdanya, bila aku reda kepadanya maka aku akan berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan aku tidak ada penghujungnya dan jika hambaku melakukan maksiat kepadaku, aku marah kepadanya, bila aku marah kepadanya maknanya aku melaknatnya.†Ketahuilah sekalian umat islam, walau dimana mereka berada, dalam ap ajua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya allah tidak suka kepada hambanya yang memenuhi ruang hidupnya dengan perlbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah dalam hatinya. Apatah lagi untuk mengingatiNYA dengan berzikir , jika Allah maha BEsar dalam segenap tindak-tanduk hambaNYA, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah yang terjadi kepda Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.
Dalam hal ini Baginda Rasulullah saw dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah(Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan ke MasjidilAqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka. Hidup mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain daripada Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna. Selagi lagi kita Tanya diri sendiri Dimanakah Allah dalam hati? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita? Kalu begitu sejauh manakah kita gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepada Allah? Apakah yang kita rasai ketika sujud di dalm solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapnya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut:â€Aku bersama hambaku ketika dia mengingatiku dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Akuâ€. Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepikan diri bersama Allah? Tidakkah kita ingat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun ditengah malam-Allah telah menyebut : “Adakah terdapat hambaku yang bangun ditengah malam untuk bertaubat, dimana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunan-Ku maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu maka aku memberikan kepadanya.†Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hatii kita ini penuh dengan pujian kepada Allah , berkorban keranya untuk meninggikan syiar agamanya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadanya tanpa sebarang prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayat, kesihatan, harta,ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat,anak-anak, ibubapa, isteri atau suami kepada kita. Atau kita sekadar penerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, dimanakah Allah dalam hati kita? Jika tergerak hati nak buat sesuatu kejahatan, tanyalah diri dimanakah Allah dihati ini? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan akku ketika hendak bertemu dengan Allah(mati) sedangkan aku melakukan maksiat kepadanya?
Apabila kit aingat Allah pada waktu susah, pati Allah akan ingat kit apada waktu kita senag dan lapang. Demikianlah peringatan yang perlu kita sam-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, selagi-lagi tanya-DIMANAKAH ALLAH DALAM HATI KITA?
Abdullah b. Umar Sahih Muslim 6194
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.