Ct Shafinah
Ct Shafinah
20 years
1314 views

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta

walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalip...
4 comments
Share this post

Comments (4)
fendi
Syukran...

"Dan berikanlah peringatan, sesunggunya peringatan itu memberi manfaat kepada orang2 mu'min"

Az-zaariyaat ayat 55.

Siapa imam Hasan Al-Banna...??

Assyahid Imam Hasan Al-Banna adalah salah seorang dari tokoh2 pemikir dan pemimpin gerakan islam di abad ini...

-Beliau lahir dibandar Al-mahmudiah, Buhairah, Mesir pada tahun 1906 m.

-Menghafaz al-quran seluruhnya sebelum mencecah umur 14 tahun.

-Alquran menjadi sumber kehidupan dan penghayatan hidup.

-Pengasas gerakan islam yang terbesar iaitu ikhwanul muslimin.

-Gabungan salafiah dan sufiah ini mengajak umat islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang berlandaskan Alquran dan Assunnah serta menjauhkan perselisihan juz'ie.

-Kematiannya disambut dengan gembira oleh musuh2 islam. Beliau mati ditembak oleh satu komplot yang ingin menjatuhkan islam.

Assyahid sayyid Qutb (rakan karib imam Hassan Al-Banna)

-Berasal daripada sebuah desa dihulu Mesir.

-Nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussin Syazili. Lahir pada 9 oktober 1906 m di kampung Moshah dalam wilayah As-syut, hulu Mesir.

-Antara karya yang teragung beliau ialah sebuah buku yang bernama "Ma'alim Fit Thoriq" (petunjuk sepanjang jalan).

-Membawa uslub baru dalam bidang tafsir iaitu tafsir harakie dalam kitabnya tafsir Fi Zilaalil Quran yang dikarang semasa dikurung di penjara.

-Beliau adalah antara pemimpin ikhwanul muslimin yang kuat menentang penjajahan dan kerajaan taghut, maka pada pagi isnin, 29 ogos 1966, beliau telah dihukum gantung sampai mati bersama dengan 2 orang sahabatnya.

-Sebelum hukuman, Sultan Jamal Abdul Nasir menghantar utusannya menemui Sayyid Qutb untuk menulis kenyataan minta ampun kepada sultan tapi ditolak oleh Sayyid Qutb kerana beliau tidak mahu terjebak dengan kebathilan.

Wahai diriku, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam...
20 years
salopet
tq...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Ct Shafinah
Wa'alikumsalam w.b.t... Marilah kita saling ingat mengingatkan....

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
20 years
Firdaus Sa'adah Sham
Assalamu'alaikum Shafinah..terima kasih di atas info wasiat dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna..sama-sama kita renungkan dan mengamalkan..thanks a lot..

kita seperti jg insan lain yang mudah dan kadang teralpa..so dengan ada info2 yang bermanfaat ni diharap dpt mengingatkan kita semua..

Assalamu'alaikum.

firdah
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.