zam
zam
20 years
1138 views

Ingin PandangaN

Saya ingin bertanyakan pendapat saudara -saudara sebagai umat islam tentang astora jabat. Ada sesetengah kita berpendapat isu2 yang di bentangkan oleh beliau agak bercanggah dengan hukum islam. Antaranya ialah "Katak halal dimakan", "tiadanya azab kubur".Jd marilah kita ber bincang dan emberi pendapat yang sewajarnya. Bukanlah kita hendak memburukkan seseorang tapi dengan pendapt saudara sekalian dapat merenungkan apa yang benar. wallah uallm
5 comments
Share this post

Comments (5)
puterarindu
terima kasih Zam..

maksud saya ialah:- yang nyata (iaitu yang dapat dilihat dengan mata) bukanya setelah kita mati.

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
20 years
Imam Nur
Dari 'Adi ibnu 'Amirah al-Kindi r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebuah jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu."

(Muslim)

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
20 years
ajay
Nabi Muhammad s.a.w beri khabar gembira pada umahnya agar kita timbul rasa ghairah utk kita beramal....dan nabi khabar berita buruk pun untuk kita jauhkan diri kita dr membuat apa yg dilarang dan ditegah oleh Allah s.w.t....

antaranya iyelah gambaran keadaan dalam kubur.....nabi pun pernah ceritakan azab2 kubur pada sahabatnya....antaranya....orang yg tinggalkan solat diberi seksaan yg pedih di dlm kubur lagik.....apatah lagi di neraka jahannam.....dan ada satu kisah sahabat menunggang unta dan unta berhenti dikawasan perkuburan....lalu sahabat bercerita pada nabi....lalu nabi menjawap yg selain manusia dpt mendengar siksaan dlm kubur.....

jd sapa lak yg kata takde azab kubur....

Allahuakbar!!!!!

dan kalu bertanya pada saya...saya memang tak baca langsuang isi yg ditulis oleh astora jabat.....mengarut belaku.....

tapi sapa lah kita nak jatuh hukum.....

wallahualam...

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
zam
Tajuk :

Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

Isu :

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :



Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.







Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1



saya merasakan perkara ini perlu di beri perhatian......jadi puterarindu harus melihat dari prespektif ulamak bukannya akal fikiran.
20 years
puterarindu
jangan jangan keliru dengan satu-satu kenyataan.

"katak halal dimakan"

dia bukan kata "fatwa mempersetujui bahawa katak halal dimakan untuk orang muslim" jadi kenapa kita nak ambil pusing sesuatu kenyataan yang remeh temeh macam ni.

"tiadanya azab kubur" itu benar.. yang dikenakan azab ialah kita yang berdosa dan menghuni kubur tersebut. so kalau kubur itu yang mengazabkan manusia maka ramailah pekerja gali kubur MELETAK JAWATAN. jadi apa-apa kenyatan yang dikeluarkan jangan mudah terasa akan kepayahan.

pernah sekali saya bertanya kepada seseorang. "panaskah neraka"

katanya "neraka itu sejuk"

setelah saya rasa matangnya hidup ini.. barulah saya faham. bahawa yang merasakan neraka itu panas adalah kerana DOSA kita.

pejam mata, kita fikirkan. adakah kerana pejam mata ini menjadikan kita mati.

begitulah juga dengan pendapat astora jabat

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.