BOLEHKAH Datuk jelaskan semula jawapan mengenai persoalan mencari rezeki dengan melacur kerana jawapan itu sungguh mengelirukan, malah menimbulkan banyak perdebatan dan bercanggah dengan apa dipelajari selama ini.
Semoga jawapan Datuk dapat menghuraikan kekeliruan ini.
KHUZAIMI, Shah Alam
JAWAPAN
Terima kasih kerana saudara bertanya untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada terus mendebatkan perkara yang sepatutnya tidak ...
BOLEHKAH Datuk jelaskan semula jawapan mengenai persoalan mencari rezeki dengan melacur kerana jawapan itu sungguh mengelirukan, malah menimbulkan banyak perdebatan dan bercanggah dengan apa dipelajari selama ini.
Semoga jawapan Datuk dapat menghuraikan kekeliruan ini.
KHUZAIMI, Shah Alam
JAWAPAN
Terima kasih kerana saudara bertanya untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada terus mendebatkan perkara yang sepatutnya tidak mengelirukan, tetapi diputarbelitkan kenyataan sehingga menjadi keliru bagi orang lain.
Sebelum saya huraikan jawapan saya, elok diteliti kembali soalan daripada saudara yang menamakan dirinya Razin ketika bertanya dalam ruangan ini.
Razin tidak bertanya mengenai masalah dirinya, tetapi mengenai hukum kisah wanita ibu tunggal yang dia sering baca (mungkin dalam akhbar atau majalah).
Bila kita menghukum bagi pihak orang lain yang kita tidak jelas kenapa wanita itu bertindak sedemikian, saya mengambil pendekatan dalam memberi jawapan supaya Razin tidak mudah menghukum orang lain tanpa menyelidik sebab-musabab mengapa wanita itu bertindak begitu.
Misalnya, jika orang berkata apa hukumnya seorang itu dilihat tidak bersolat? Jawapan yang mudah ialah hukumnya berdosa, tetapi jawapan untuk mengelak kita mudah menghukum orang akan berbunyi soal dulu kenapa dia tidak solat, mungkin dia uzur atau sudah solat jamak kerana dalam musafir.
Oleh itu, dalam menjawab soalan Razin, saya terlebih dulu memberi kaedah hukum di mana saya menjawab “hukum dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.â€
Saya mahu Razin sebelum dia sewenangnya menghukum orang lain dengan sekadar bacaannya, dia perlu mengkaji keadaan sebenar. Sekadar bacaan saja, tidak adil dia menghukum orang lain.
Menurut soalan Razin “wanita itu terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak, punca pendapatan ini secara terang adalah haram†lalu Razin mula mempersoalkan adakah kehidupan dan pendidikan akan berkat, apa hukum anak menggunakan wang ibunya, dan hukum wang itu digunakan bagi membayar zakat fitrah.
Saya memberi jawapan dengan merujuk pada istilah yang Razin guna, iaitu terpaksa. Mengikut istilah dipakai di sini (iaitu terpaksa) membayangkan wanita itu terdesak melakukan perbuatan terlarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Saya ingin Razin faham sudah tentu ada sebab, mungkin dia dipaksa ibu ayam atau sebab lain. Jangan mudah menghukum orang.
Soal jawab di sini berkisar mengenai wanita yang terlanjur melakukan dosa melacur, dia melakukannya pula dalam keadaan terpaksa, sebab itu saya minta Razin tidak mudah menjatuhkan hukuman pada orang yang terlanjur, sebaliknya membuka ruang dan memberi peluang kepada orang itu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Atas pandangan ini, saya memberi jawapan “dalam keadaan biasa; kita mudah menjawab tetapi jika dia terdesak dan darurat ketika itu, dia dimaafkan.†Maaf ertinya bagi yang sudah bersalah melakukannya dalam keadaan terdesak, ruang ampun dan maaf masih ada dalam agama.
Malangnya, kenyataan ini diputarbelitkan dengan ayat “melacur itu harus atau halal jika terdesak.†Ini terang-terang satu fitnah. Jika persoalannya bagi orang yang belum berzina kemudian minta izin berzina, seperti berbunyi apa hukum seorang yang terdesak dalam kehidupan, darurat, bolehkah dia berzina atau melacur mencari rezeki?
Sudah tentu jawapannya tidak boleh, ia haram. Lebih baik dia pergi minta sedekah daripada berzina, negara kita pula ada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain yang membantu.
Namun persoalan di sini ialah orang yang terlanjur, buat pula dalam keadaan terdesak, apa hukumnya? Saya harap masyarakat membuka harapan kepada mereka daripada menghukum.
Oleh itu, dalam jawapan saya mempersoalkan tanggungjawab masyarakat, usah hanya hukum orang, tetapi kita juga sepatutnya bertanggungjawab membantu.
Saya tidak pernah menjawab berzina dalam keadaan darurat itu harus. Zina adalah haram. Saya katakan, bagi yang terlanjur itu ada kemaafan. Antara perkataan maaf, halal dan harus mempunyai perbezaan sangat besar dalam hukum.
Saya juga tidak menghukum wanita itu dalam darurat jika sampai taraf dia boleh membayar zakat sebab itu ayat terakhir berbunyi “Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah, jika sampai ada lebihan bererti dia sudah tidak darurat.â€
Ayat ini jelas menunjukkan saya menafikan keadaan wanita itu tergolong darurat, saya ingin buka minda wanita itu berfikir bahawa dia bukan terdesak lagi.
Sungguh pelik bila ada yang melatah sampai panjang lebar bercerita mengenai hukum darurat, sedangkan jelas saya katakan dia sudah tidak darurat.
Apa perlu pula Majlis Fatwa keluarkan fatwa kerana hukum melacur sudah jelas haram, hukum berbuat sesuatu dalam keadaan terpaksa, tertidur, terlupa pun jelas. Ruangan ini pun bukan ruangan fatwa, tetapi ruangan soal jawab memberi pandangan.
Saya yakin jika dibaca dengan tenang dari awal soalan dan jawapan, kita faham pendekatan saya ialah mengelakkan masyarakat mudah menghukum orang dari jauh dan luar saja. Mereka yang tidak mahu faham akan sengaja memutarbelitkan ayat saya.
tp menjadi persolaan kerana realiti hari ini ramai yg ambik mudah soal agama.....
Tak solat sudah jd perkara biasa....80 % umat Islam tak solat menurut kajian Dr Fadzilah kamsah...
Ttg zina lak...budak sekolah rendah pun dah pandai zina sekarang nih.....
Oleh kerana itu...dalam keadaan iman yg agak goyah tidak sewajarnya benda yg jelas nyata haram hukumnya disebut secara longgar cam ulasan Dr Mashitah......
Mmg la kena sangka baik tp...bab hukum Allah tak boleh main2 kerana ramai org yg jahil ambik mudah bila jawapan yg sebenar tak diberikan.
hukum asal zina haram....melacur adalah zina kerana hubungan haram antara lelaki dan pompuan...dah ada ayat yg jelas dalam Quran...Dalil Naqli lagi......sepatutnya hukum nih kena bg dulu.....first of all.
kena utamakan apa yg lebih utama.
bukan ker mati kerana nak elak buat benda haram/taat pada Allah tuh jd jihad???????masyitah sefamili pun kena masuk kawah air panas nak tegakkan hukum Allah...nak tegakkan akidahnya...sehingga anaknya yg masih merah pun jd habuan kawah yg menggelegak..masyitah juga namanya.......itu dikala zaman ketidakadilan Firaun...tp kenapa dizaman negara islam membangun lg hadari..ke arah maju bertamadun ini.....pelacuran hanyaenjadi darurat?????????mana pi pemimpin yg WAJIB bela rakyat.....pemimpin yg wajib pelihara orang bawah piminanan dia dr jd bahan bakar api neraka????????? miskin benar ker sedangkan negara boleh bina bangunan bertingkat mengcakar langit...boleh bazirkan bunga api entah berapa nilainya untuk sambut perayaan tahun baru atau apa2 perayaan pun??????manakala pemimpin pula duduk dirumah macam mahligai dgn kereta tak kurang dari dua biji sorang????????
kita takut mati ker kita takut Allah??????
begitu juga orang yg menempelak mashitah...mereka dah fikir kesan sampingannya...menurut Dr Harun Din kesan daripada pendapat Dr Mashitah inilah seorang pelacur kat penang takmo mengaku salah kerana katanya dia melacur kerana darurat.......so saper nak bertanggungjawab????????? bukan nak menghina mereka yg duji dgn kesusahan dan kedaifan ilmu (mereka yg mealcur tersebut) tp mengingatkan supaya mereka lebih takut azab Allah begitu juga kitas ebagai seorang dari ahli masyarakat..betapa hukum Allah itu kita tak berapa takut kerana kita tak nampak neraka Allah lagi.
soal seakrang bukan hukum orang lain.....sepatutnya jelaskan keharaman pelacuran/zina terlebih dahulu
kita benci kegiatan pelacuran tp tidak bermakna kita kena tohmah pelacur tp kena sama2 tolong mereka kembali ke pangkal jalan iaitu dgn ingatkan dorang betapa azab allah kat sana amat pedih dan dasyat. Itu bukti sayang yg sebenar. kita tahu kan negeri akhirat tu kekalkan????????dunia nih amat2 sekejapnya.
ye kak diah...allah maha pengampun dan maha penyayang....setiap kesalahan akan ada keampunan jika kita bertaubat...w/pun memang haram...bukannya terus tak boleh tobat dah....entah2...depa yang dah tobat tu lagi menyintai agama dari kita yang lemah ni....
ermmm...ari ni half day...nak balik dah ni..(sempat lagi tu..hehehe)
betul jugak...cuba pegi tanya dgn yg melacur tu kenapa dia nak buat atau trpksa...nie tidak jumpa je trus ke bnda lain...ade ke yg jumpa dgn dia org nie (lelaki lah) tanya y awk jadi mcm nie...nak tak kalu saya kuar kan awk dr sini...kan ke ade juga paedah nye...may b btul juga dia d jaga oleh bapa/ibu ayam..dan x dpt nak lari...cuba fikir gitu...kesian dia org nie...kalau ibu aym tu lain lah,dah mmg dia dok buat keje tu...agknya yg tu kita boleh kata kerja haram...