BiLa Ku kEnang...ku
BiLa Ku kEnang...ku
20 years
1734 views

Sobahul Khair

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Apakah yg dimaksudkan dgn "alim" itu?

Erm..sini hujan laa..di bandar maharani, sekolah jadi tuan rumah forum perdanan..datuk Noh Gadut dtg beri ceramah



Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
41 comments
Share this post

Comments (41)
BiLa Ku kEnang...ku
terima kasih buat semua, begitu byk org yg 'alim' di mymasjid ini..

alhamdulillah

semoga Allah memberkati anda semua

InsyaAllah

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
mirzamohd
salam semua.....

nasihat yang baik buat diriku.....

syukran jazilan.....



AlFakirWalMiskin....LillahiTaala
www.baitulummah.com
20 years
fendi
Betul tu zana...

1-Berkata benarlah walaupun pahit...

"Kulil haqq walau kaana murran.."

2-menjauhi perkara2 yg haram termasuk menjauhi perkara2 syubhat (kesamaran/keraguan samada halal atau haram atau dari mana ia datang)

musyabbah : yang kesamaran...

3-merendahkan diri bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada Allah swt...

Allah swt lebih mengasihi org jahil yg merendah diri berbanding orang alim yang merasakan dirinya hebat...sama seperti Allah lebih mengasihi orang jahil yang dermawan berbanding orang alim yang bakhil...

Nabi saw pernah menceritakan kepada sahabatnya yang Uwais Alqarni pengembala kambing masuk syurga terlebih dahulu berbanding para sahabat kerana sifatnya yang terlalu merendah diri dan bibirnya sentiasa basah berzikir mengingati Allah...
20 years
Firdaus Sa'adah Sham
Assalamualaikum..se2ju 2..gelaran orang alim lebih sesuai untuk golongan yg lebih 'arif tentang ilmu agama atau golongan yg mendalami ilmu bersifat ukhrawi..

walaubagaimanapun pada penuntut ilmu selain itu, gelaran ilmuan lebih sesuai dan tepat..

Salam



firdaus
20 years
Administrator
ada ustaz cakap perkataan alim hanya untuk orang yg pandai ilmu agama...kalau orang yg pandai masak macam chef, orang yg pandai ilmu kejuruteraan tak boleh dipanggil alim...panggilan untuk chef dan jurutera ni adalah orang beriman selagi dia menjalankan semua perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.

hidup ini seperti roda... kadang di atas, kadang di bawah... semuanya menguji sejauh mana pergantungan kita padaNya..
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
saya rasa, rendah diri membuatkan sesorg itu disayangi dan dihormati

itu adalah sifat yg paling terpuji

krn merendah diri menunjukkan seseorg itu tak pernah meninggalkan ilmu

tidak pernah merasakan dirinya lebih dr org lain

dan yg plg penting, dia tahu bahawa tidak kira pangkat, darjat, jawatan, dia tetap tahu bahawa kita semua adalah

SAMA

INSAN BIASA

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
betul zana

jgn kita memandai2 udah le

biasanya, jika kita tak tahu

kita usaha dahulu utk cari jawapannya

cari guru

cari buku

cari ilmu

baru tahu kebenarannya

bukan ckp bukan berlandaskan ilmu dan jaran ISlam

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
Zana.
Berkata benar sekali pun pahit...

sebagai pengajar kalau x tahu katakan tidak...

jangan memandai...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
Dan bagaimana pula dgn tanda2 org yg berilmu itu,

MERENDAH DIRI?

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
Zana.
So..

alhamdulillah jiddan.. jiddan...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.