....salam ceria dan salam sayang buat semua warga MM, semoga hari ini adalah hari yang mendatangkan seceriaan yang sepenuhnya...
Sedih gak bila melihat hampir 120,000 anak Melayu tak dapat tempat atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi hanya kerana tiada pinjaman/atau biasiswa untuk ke IPTS.
Alhamdulillah, anak mami dapat offer 2 tempat walaupun di satu tempat itu sijil (IKM) namun mami bersusah payah juga g daftar dimana kabarnya kursus itu hanya diiktiraf pada tahun ...
....salam ceria dan salam sayang buat semua warga MM, semoga hari ini adalah hari yang mendatangkan seceriaan yang sepenuhnya...
Sedih gak bila melihat hampir 120,000 anak Melayu tak dapat tempat atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi hanya kerana tiada pinjaman/atau biasiswa untuk ke IPTS.
Alhamdulillah, anak mami dapat offer 2 tempat walaupun di satu tempat itu sijil (IKM) namun mami bersusah payah juga g daftar dimana kabarnya kursus itu hanya diiktiraf pada tahun 2008 bila adek tak dapat tempat kat UPU. Kebetulan jumpa Kak Wan so lepas makan ngan Kak Wan, kami g buat rayuan (mencuba nasib) merayu untuk jurusan diploma kerana kelulusannya layak untuk diploma, namun tiada rezeki di situ. Cuma alasannya salah isi borang.. sebab itu ramai yang kena reject. (Cukup simple jawapannya)..Kak Wan tersenyum saja mendengar jawapan tu manakala mami pulak terkedu. Mana leh salah borang, sebab memang beli borang yang harganya RM10 untuk diploma bukan RM5 untuk sijil ... tak apa lah .. bersyukur dengan peluang itu.
Lepas seminggu di sana, keputusan Politeknik keluar, adek dapat diploma .. Alhamdulillah mami cukup bersyukur walaupun hampir RM1000 dah terbang berbelanja. Nampak gayanya belanjanya bertambahlah sikit.. kalau disana yang kursus sijil semuanya ditanggung tajaan, namun di poli kena keluar belanja sendiri sebelum mencari penaja.
Yang paling best sekali, belum apa apa dah ada tawaran dari PTPTN ...aduhhhhhhhhh.. itu yang paling tak berkenan bukan menolak, kalau boleh biarlah dari sumber yang lain kalau dah tak dapat barulah kesitu.
Heran jugak kenapa anak Melayu kita tak dapat tempat sedangkan kat UPM kursus sains asasi dari 100 orang yang dipilih hanya 25 orang mendaftar. dimana lagi 75 orang. Cukup pelik sungguh. Yang memohon seramai 1500 pelajar ...Dan kabarnya dari anak buah yang kerja ngan Agrofarm, mereka yang mendaftar untuk kursus pertanian pun masih ada kekosongan hanya 1/3 dari tawaran yang dikeluarkan saja mendaftar.. mana lagi mereka itu. Adakah semuanya menunggu kursus pilihan.
Di ILP peluang terbuka untuk anak Melayu , tapi berapa ramai yang pilih,
Ternyatalah bukan sumber kewangan yang menjadi penghalang kepada kehendak anak anak untuk ke IPTA, tapi pilihan kursus yang membuat mereka tersentap dari mahu mencuba sesuatu yang baru.
Mami bukan bangga diri, cukup bersyukur dengan kursus yang adek dapat adalah pilihannya , namun ini adalah kebenarnnya, anak mami dari yang sulung sehingga no 3 mendaftar ke IPTA menggunakan wang insuran yang mami tabungkan setiap bulan di Takaful Nasional dalam bentuk Insuran Pelajaran yang matangnya bila usia mereka mencecah 18 tahun dah boleh keluarkan wang itu. Tak banyak pun..dalam RM30 seorang, jadi bila sampai waktu matang, telah boleh dikeluarkan untuk dibelanjakan oleh anak anak . Lapang dan lega rasa anak anak boleh belajar ngan selesa kerana sewaktu gawat (kemelesetan mata wang pada tahun 1998 hingga 2000 ) perbelanjaan mereka melalui wang insuran dan biasiswa yang mereka dapat bukan cukup untuk menampongnya. Jadi sebagai ibubapa kenalah berkorban sikit jiwa dan raga demi masa depan anak anak..
Ini tidak, dah memang satu kelebihan dan kebiasaan bagi sesetengah orang orang melayu suka berbelanja besar .. asal keluar model kereta baru bergegas menempahnya. Tak kiralah mampu atau idak nak bayar ansurannya.. yang pasati tempahan mesti buat dulu... Yang ayahnya dengan kereta barunya yang emaknya dengan pakaian dan assesori tudung fesyen terbarunya. Yang anaknya dengan tuisennya... pelbagai, celik mata duit duit duit......
Yang paling terbaik sekali , kena lawan nafsu, nafsu yang serba besar, kalau mahu anak anak berjaya di hari muka... Hidup bersederhana dalam semua hal.. andainya nafsu dapat dikawal, kita akan rasa nikmatnya bila tiba waktu bagini. Jangan dok harap gomen nak support memanjangggggg.
Mami telah melalui pahit getir dalam membesar anak anak dikota kosmopolitan yang besar, canggih dengan segalanya ada disitu, mahu tak mahu.. kena kawal nafsu, itu yang paling penting, kerana dizaman ini tak ada orang yang mahu menghulur bantuan andainya kita kesempitan, bukan zaman arwah mak dan abah kita, sanggup berkorban demi siratulrahim.. melihat anak anak kampong berjaya. Dan jangan terlalu berharap , kerana anak anak sekarang semuanya bijak dan pandai dalam serba serbinya.
Mami mohon maaf andainya apa yang telah mami sampaikan boleh membuat sesetengah merasa jelik dan bosan membacanya..tapi itulah harapan mami agar anak bangsa yang sedang membesar dimasa akan datang tidak tercicir dalam pelajaran. Cuba lihat bangsa cina, mereka sanggup berkorban demi anak anak mereka, andainya mereka diberi peluang, rasanya kita yang akan merempat dibumi sendiri.
Masih rasa malu yang menebal akibat terkena lontaran ideanya yang ikhlas dari nyonya yang jual buah buahan ditepi jalan lama hendak ke Seremban, bila singgah beli buah2an. Mami kenal lama ngan nyonya tu, anak2nya akan membantu berniaga dengan baju sekolahnya sambil buat kerja sekolah diatas bangku usang dengan bau buah2an yang busuk. Sekarang nie anak bujang dan daranya dah g oversea, tinggallah nyonya suami isteri berniaga. Anak mami kat local U jaa.. Masih berniaga buah2an yang diperolehi sekitar kampong melayu. Masih aktif walaupun uban dah separuh kepala. Itulah sumenr rezekinya yang cuma lulus darjah 6 katanyalah.
Katanya: " Aku heran dengan orang melayu kampong aku, satu orang kija ramai orang duduk duduk satu rumah makan saja. yang perempuan kumpul ramai ramai hari hari cerita saja, kenapa mereka tak mahu berkebun belakang rumah, boleh jugak makan sayur dari tunggu kami jual ."
Dan tambahnya lagi...
" Dan aku pun heran jugak dengan budak budak sekarang nie, yang perempuannya kerja kilang balik lewat berdua duaan lelaki dan perempuan , tak malu pada orang kampong duduk dalam gelap atas motor rapat rapat . Ingat tak, kita dulu dulu masa muda, mana boleh buat tu semua, melayu atau cina serupa kena kongkong tak boleh kawan lelaki dan perempuan lebih lebih, cuma bila dah kawin baru nampak berjalan sama tu pun tak pegang tangan. " ...
Mami terkedu dengan kata kata ikhlas dari nyonya sipenjual buah2an tepi jalan tu...
dan yang paling tak boleh nak buka mulut bila dia sambung bercerita.
" Cuba tengok budak budak tu, yang belajar kat kolej tu, sambil menunding jari kepada satu pasangan dalam kereta satria yang berhenti disebelah jalan sana, membeli buah2an digerai ..cuba tengok , depa bukan tau malu, hari hari berdua, pergi kolej balik kolej, pagi keluar sama, petang balik sama..kekadang malam pun sama, tak penah aku tengok ada orang lain dalam kereta, apa nak jadi dengan mereka.. tak rasa malu ker, mak dia pun dah tak boleh nak cakap apa, belum abis belajar dah nak kawin."..
Yang mampu mami lakukan hanya tersengih jer sambil melihat anak buahnya yang membantu digerai sejak tadi tersenyum simpul jer mendengar perbualan emak saudaranya dengan pelanggan setianya. Dalam hati mami berkata, segak budak lelaki nie, leh jadi model kalau dipakaikan ngan pakaian segak.. rasanya kalau anak melayu dah lama lesap entah kemana tak mahu bantu bila ada masa terluang.
Masih teringat cite cite P Ramlee yang sampai sekarang menjadi igauan untuk menonton tanpa rasa jemu. Ada mesej yang tersembunyi disetiap cerita filem P Ramlee.
Sedih... kalau laa gini kehidupan.
Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."