Administrator
Administrator
20 years
1090 views

Aurat dengan ipar

Dah banyak saya baca, aurat isteri dengan adik-beradik lelaki suami samalah seperti aurat dengan bukan muhrim. Tapi ramai yang tak tahu ataupun tak endah perkara ni. Bila balik kampung dan berkumpul, isteri yang tadinya bertudung labuh menampakkan aurat kepada ipar duainya di rumah. Ada yang kata ipar tu muhrim sementara, benar ke? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa ipar itu maut? Ada formula ke nak tegur ahli keluarga yang mengambil ringan perkara ni?



hidup ini seperti roda... ...
8 comments
Share this post

Comments (8)
linnnn
sambungan...lelaki yang saya citer tu konon2 nya ala-ala bomoh gitu, buleh buang hantu, buleh check hantu kot2 ada dalam badan2 manusia ni... perangai dia mmg pelik, pakai kopiah bukan main lagi atas kepala. Pernah satu ketika adik ipar dia tu kononnya tetiba pengsan kat kedai dia... alkisah bila si adik ipar tu dah sedar tiba2 dia sebut konon2nya ada org cuba bomohkan dia... dan yang lagi best..abang ipar dia kata kononnya ada hantu jin yang nak rogol adik ipar dia ni...alahai, hantu jin ke hantu jin kepala hitam dah sekedudukan ngan adik ipar sendiri. Saya tengok muka isteri lelaki tu macam pasrah je. Muka orang sakit. Kita yang menengok ni sakit hati je dengan lelaki belagak alim pakai kopiah tu... kalau nak mengadu kat jabatan agama ada bukti ke kata dia dah bersekedudukan ngan adik ipar dia. Mau ke dia mengaku? Yang membuatkan lagi pasti pernah ada seorang ustaz tu kata, dia tanya si adik ipar tu janda ke? Hai kalulah si ustaz dah buleh membaca lagak bahasa badan ni...sendiri mau fikir la.... sayang diri rasanya, umur si adik ipar baru 24...

nauzubillah...
20 years
Rosalina Ibrahim
Beri contoh yang baik, dan apabila ditegur baru terangkan... Berdoalah agar mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t...
20 years
Administrator
Kalau tak silap saya jika seorang lelaki berzina dengan adik iparnya, maka jatuhlah talak ke atas si isteri kerana haram hukumnya mengumpulkan dua beradik pada satu masa.

Kes yang linn kata tu, takde cara lain, si isteri mesti mengadu ke Pejabat Agama untuk mengetahui statusnya.

hidup ini seperti roda... kadang di atas, kadang di bawah... semuanya menguji sejauh mana pergantungan kita padaNya..
20 years
puterarindu
untuk menghindarkan fitnah aurat, kita mesti menjaga tatasusila bertemu muslimin atau muslimat. tapi awas ada riak yanag bergerombolan dengan syaitan untuk memusnahkan iman kita, jesteru itu beristirafarlah sepanjang masa muga kita akan dilindungi dari segala dosa samada yang kita tahu atau yang kita tidak tahu.

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
mula balik pada asas rumahtangga.

kita dah tahu masalah ini terjadi.

maka yg akan membina keluarga, ingatkan dan didik anak2 tentang perkara ini, tentang adab keluarga dan sistem perkahwinan Islam.

Jalan terbaik, AYAH atau IBU yg boleh menegur ..bukan tegur dgn emosi, tapi memberi PERINGATAN akan pentingnya perkara ini.

Adik beradik, nak tegur ipar duai amat susah..jadi, ibu dan ayah perlulalh memainkan peranan.

Jika dilihat, perkarta ini ada benarnya, jadilah cerita sumbang mahram..dan macam2 penyakit sosial yg lain.

Lagi satu ialah isu rumah perumahan.lebih2 lagi rumah kos rendah.

Saya lihat, masalah ini sudah menjadi semakin serius..keadaan rumah yg sempit, rapat antara satu sama lain, membuatkan hidup berjiran sudah semakin "terang lagi bersuluh" perkara yg sulit dan perlu dijaga adabnya.

MAka, akan hilang perasaan malu antara satu sama lain, lalu membuka jalan yg lebih luas kepada masalah yg lebih besar..

renungkan...

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
Wan Kasmah Daud
....

Sabda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya, seandainya dicucukkan jarum besi di kepala seseorang lelaki, adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.

Orang perempuan yang tidak halal bagi orang lelaki iaitu orang yang bukan muhrim bagi bersalaman adalah seperti berikut:



i. Anak- anak perempuan kepada adik beradik bapa dan emak kamu iaitu sepupu kamu.

ii. Sepupu perempuan kepada emak, bapa, nenek dan datukkamu dan seterusnya.

iii. Adik dan kakak ipar perempuan.

iv. Isteri kepada bapa saudara, tok saudara keatas.

v. Ibu mertua kepada adik/ abang/ kakak.

vi. Adik/ kakak perempuan kepada adik/ kakak/ abang ipar.

vii. Anak perempuan kepada adik beradik isteri kamu.

viii. Kesemua perempuan yang tidak ada ikatan keluarga sama ada Islam atau kafir selain daripada yang disenaraikan di atas.
20 years
linnnn
emmmm aurat tu memang le kita kena jaga samada ngan ipar duai. kat tempat saya lagi best, ada seorang lelaki tu bersama dengan adik iparnya wah...bukan main syok lagi, siap buleh pegang2 tangan, duduk dekat2...dan paling terkini saya dapat tahu...dah ditebuknya jugak adik iparnya tu....yang si isteri tadi tak ubah macam tunggul kayu.....macam mana nak buat tu? nak report kat sapa?
20 years
salopet
...yer sama hukum ngan bukan muhrim...tapi ngan mertua takla...standard mertua sini...sama ngan ibu bapa kiter sendiri...dan tak batal air semayang.

apa-apa pon kiter tunggu la lagi apa kata mereka2 disini......

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.