Anak muda skrg
Sudah pandai bergaya
Pergi sekolah itu yg diutama
Buku sekolah..entah dibuang ke mana
Guru-guru dibebani masalah akhlaq merana
Ibu bapa..senyum simpul mengatakan anaknya berjaya....
Anak muda ksrg
Sudah pandai melawan
Bukan setakat membuat riak muka
Ditambah dgn tindakan membalas dendam
Masalah yg timbul tak pernah padam
Akhirnya..cikgu semua terpaksa memendam
Sebab jika dirotan mahupun diambil tindakan
Ibubapa datang memberi saman
Akhirnya..guru2 memendam
Anak ...
Anak muda skrg
Sudah pandai bergaya
Pergi sekolah itu yg diutama
Buku sekolah..entah dibuang ke mana
Guru-guru dibebani masalah akhlaq merana
Ibu bapa..senyum simpul mengatakan anaknya berjaya....
Anak muda ksrg
Sudah pandai melawan
Bukan setakat membuat riak muka
Ditambah dgn tindakan membalas dendam
Masalah yg timbul tak pernah padam
Akhirnya..cikgu semua terpaksa memendam
Sebab jika dirotan mahupun diambil tindakan
Ibubapa datang memberi saman
Akhirnya..guru2 memendam
Anak muda skrg
Ada yg semakin cemerlang
Tahu masa depan dan bijak mengurus diri
PAndai memilih kawan dan agama juga dibajai
Inilah generasi cemerlang yg kita impi
Moga2 pembangunan dan cara hidup yg ada
Tidak mempengaruhi mereka utk terjebak menjadi Insan yg tidak punya harga diri
Anak muda skrg
Sudah hilang kasih syg
Ibu bapa sibuk dgn wang
Anak terbiar tanpa pegangan
Malah mereka dilupakan
Lupa akan tekanan yg mereka hadapi
Pagi dan petang..
Saban hari diberi ilmu
Tapi akhirnya menjadi jemu
Mungkin salah juga wahai guruku
Ibu bapa..
Sedarlah kamu
Anak2 di luar sana bertemu dan berjumpa
Pelbagai manusia dan pengaruh mereka hadapi
Jgn diabaikan sifat prihatin
Agar mereka dibelai dan dimanja
Dgn kasih syg dan didikan sempurna
Jgn hanya melepas tangan ke bahu sekolah
Kerana mereka juga ada tanggungjawab
Dan keluarga utk dibina
Guru2..
Kamulah pendidik, motivator, perangsang, pemudah bicara, ahli sukan, kerani, pengurus, pekebun, pekerja am, kaunselor, pemain bola, pemain hoki, pelukis handalan, penyanyi , contoh terpuji..dan bermacam2 lagi tugas yg guru kene pikul.
Jika guru dikatakan hanya mengajar dan cuti sekolah byk adalah tidak betul..
Cuba rasa diri kita yg MESTI menjadi pendidik utk anak2 kita..kita kene tahu semuanya kan?..
Bukan kerana gaji...cukup hanya KEJAYAAN yg diberi....
Paling indah..anak murid yg mempunyai sifat terpuji!
Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...