Subject: Isteriku Nurjannah...Ambil iktibar.
>
>Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
>beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
>lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
>hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
>tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
>malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka
de...
Subject: Isteriku Nurjannah...Ambil iktibar.
>
>Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
>beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
>lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
>hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
>tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
>malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka
dengan
>setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah
dipersoalkan.
>
>Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan
air
>mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
>menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
>mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.
Dia
>meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai.
>Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
>kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia
akan
>belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.
>
>Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini
>Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
>menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu
aku
>kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
>dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
>bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.
Aku
>mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku
>sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku
>sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku
ayah.
>Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan
ramai
>
>lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.
>
>Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh,
>kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara
>menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.
>Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya.
>cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
>isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
>rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling
>bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh
rasa
>kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak
pernah
>mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang
>membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang
dimusykilkan
>di
>hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk
>anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.
>
>Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu
>Nurjannah
>yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang
>seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang
>ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
>Nurjannah.
>Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin
>Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
>Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
pulang
>kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
>ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya
ke
>pasar.
>Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup
bersamanya,
>Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
>seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.
>
>Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
>kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
>di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus
>tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
>turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
>isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
>menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan
>katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk
>perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan
Normi,
>barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman
>sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
>perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi
>aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.
>
>Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
>pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang
>sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak.
>Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
>sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali
>kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan
mencium
>tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang
>amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta
>izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
>runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
>harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.
>Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus
>sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa
masalah.
>Namun dia hanya menggeleng kepala.
>
>Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
>kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
>tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin
>kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik
>Nurjannah.
>
>Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading.
>Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
>menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,
Fariza
>menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan,
>Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya
akan
>diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina
agar
>aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah
dua
>bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut
baik
>oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia
tidak
>pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak
>perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan
rasa
>memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan
>seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam
>mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun
aku
>tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu
perbandingan
> yang nyata antara keduanya.
>
>Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk
berlaku
>adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak
cili
>padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi.
>Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke
mulut.
>Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan
>cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak
tawa
>Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
>kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping
>Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna
>jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
>dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
>lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.
Hilang
>sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
>Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi
>Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
>Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang,
lapan
>belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati
>menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga
boleh
>elakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai
>belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.
>
>Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan.
>
>Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang
kali
>beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang
>yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
>sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya
>tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah
>rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran
>Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka
apabila
>kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,
>mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang
>riak api kebencian kepadaku.
>
>"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
>fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
>dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza
>bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah
pergi
>nanti,
>siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi
>sorang-sorang." "Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang
>tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.
> "Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
>terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.
>
> Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
>pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
> Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
>isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
> hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari
>sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.
>
>Sesal dulu pendapatan.......sesal kemudian...ini lah jadi nye...
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
See more
See less
Cerita ini memberi iktibar tentang kesan buruk poligami terhadap isteri pertama. Lebih buruk lagi jika isteri itu suri rumah sepenuh masa yang mengharapkan nafkah daripada suami. Seorang ustaz ada mengatakan isteri berdosa minta cerai hanya kerana suami nak kahwin lagi tetapi dibenarkan bila suami terbukti tidak dapat berlaku adil. Bukahkah Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 129 yang berbunyi:
"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."
Suami akhir zaman rata-rata tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isteri mereka. Bukankah baik jika Mahkamah Syariah memberi pilihan kepada isteri samada ingin bercerai atau tidak apabila suami mahu berkahwin lagi? Seorang suami yang mengabaikan nafkah zahir dan batin kepada salah seorang isteri adalah berdosa besar dan jika tidak bertaubat akan mati dalam keadaan berzina. Na'uzubillah. Fikir-fikirkanlah wahai para suami.