saiful
saiful
20 years
1877 views

astora vs dr. asri

sebuah forum akademik antara astora jabat yang telah terkenal dengan golongan anti hadis..akan berdepan dengan seorang pensyarah dari usm...pada 16 julai 2005...

untuk keterangan lanjut...beli lah cepat2...majalah I keluaran karangkraf bulan julai....cepat..jangan lambat
4 comments
Share this post

Comments (4)
en. dzul
hmmm... berdebat... orang lain mati tanpa hidayat
20 years
ajay
tak kosek lah eden baik eden gi dengar ceramah pas lagi ok kot....hehehe...

opss silap nanti ada org gomen dia marah lak aku nie....hehehe...

baik eden gi masjid dengar tok imam ceramah agama....

...tapi sesapa yg pegi tu jgn lupa copy n paste kan isi kandungannya kat sini....oks....

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
saiful
Pendaftaran

Bayaran pendaftaran (RM30 seorang) boleh dibuat menerusi borang yang disertakan. Borang boleh difotostat sekiranya mendaftar lebih dari seorang. Bayaran juga boleh dibuat menerusi akaun bank atas nama :

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

(Mayban No. Akaun 014271-20001-1).

Untuk pengesahan, slip pembayaran menerusi bank hendaklah difaks bersama borang penyertaan kepada Ahmad Yani menerusi No. Faks 03-5101 3601.

Urusetia boleh dihubungi menerusi telefon.

Ahmad Yani 03-5101 3856

Ahmad Baei 03-5101 3881

Saharom 03-5101 3876

Nurol Shafie Anuar 03-5101 3724

Mazni/Warda 03-5101 3311 (hotline)

TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEKARANG!!
20 years
saiful
FORUM ASTORA JABAT vs DR. MOHD ASRI

Tarikh : 9 Jamadil Akhir 1426 ( bersamaan Sabtu, 16 Julai 2005)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

Lokasi : Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur

Anda telah mengikuti siri seminar-seminar yang kami anjurkan sebelum ini, antaranya Seminar Pertelingkahan Sahabah (2003), Seminar Penyelewengan Tarikat (2004), dan Seminar Wacana Islam Liberal (Mei 2005). Semuanya padat dengan ilmu, dan panas dengan reaksi peserta dan penceramah.

Kali ini kami membawa dua orang penceramah untuk berforum mengenai berbagai-bagai isu agama terkini:

Astora Jabat

Editor Majalah Al-Islam, juga kolumnis ruangan agama di akhbar Mingguan Malaysia. Tulisan dan pandangan beliau mengenai isu-isu dan hukum-hakam Islam, selalu dianggap kontroversi dan bercanggah dengan pandangan umum. Beliau menyuarakan pendapat tanpa selindung, dan sedia menerima kritikan dari orang ramai.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Pakar ilmu hadis, dan kini menjadi pensyarah kanan Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Sering memberi ceramah mengenai isu-isu agama semasa, dan membentang kertas kerja pada seminar dalam dan luar negara. Menghurai dan sanggup berhujah mengenai sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.