Iman Semut Vs Iman Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di
atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah
engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki d...
Iman Semut Vs Iman Manusia
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di
atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah
engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang
engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh
tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat
semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum
sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi
tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu
kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu
makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku
ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama
seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu,
sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya
mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja
orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu
kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini
ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang
ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh
Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50
kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100
kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di
dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke
belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100
umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi
tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya
apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak,
biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari
iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM,
HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU
BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
jazakallahukhairankatsira