sayuqkulat
sayuqkulat
20 years
1429 views

jual diri?

Dlm keadaan darurat boleh dimaafkan? betul ka ?

bukan kah benda yg haram tetap haram kenapa pulak boleh dimaafkan?

keterangan lanjut tgk sini ====>http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Section/khas_html?mysec=AMMJ

"I HEAR I FORGET; I SEE I REMEMBER AND I DO I UNDERSTAND" - CONFUCIUS
10 comments
Share this post

Comments (10)
kejora
pelacuran tu kan sama dgn perzinaan.kalau bleh dimaafkan,maknanya perzinaan bleh dimaafkan?Kalau mcm tu,semakin ramailah org berzina atas alasan yg kononnya 'darurat'.Hukum tak boleh diubah sesuka hati.Saya rasa dr mashitah ni dah tersalah langkah..apepun,baik kita rujuk pd alim ulamak yg lebih arif dan muktabar..
20 years
ajay
MasyaAllah...

Kan telah termaktub....'yang haram tetap haram....yang halal tetap halal'...

wallahualam

p/s--betul kata en.osama tu....itu lah antara kesan islam hadhari yg baru timbul.....dr mashitah pun seangkatan dengannya kan....

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
osama_laden
biasa laaa ni sebab bernaung di bawah Islam Hadhari...

hiburan2 yg boleh membawa maksiat diperbesarkan dan disebar2kan...

Konsert Inul di Genting Highland pun dirasmikan oleh Ketua Negara Islam sendiri...



Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
20 years
sayuqkulat
dgn kenyataan yg sebegini nanti ramai yg istihar diri mereka darurat dan mereka boleh lah menjual diri utk bg anak mkn....

"I HEAR I FORGET; I SEE I REMEMBER AND I DO I UNDERSTAND" - CONFUCIUS
20 years
sayuqkulat
nampaknya tiada yg arif tentang bab ini atau pun mmg takut nak komen sbb nya nak lawan dgn ustazah pulak kan...selama ini Dr.Mashitah mmg dihormati tetapi dgn kenyataan2 yg mcm ni boleh mengugat keyakinan org pada dia...

"I HEAR I FORGET; I SEE I REMEMBER AND I DO I UNDERSTAND" - CONFUCIUS
20 years
cakoi
petikan dari harakahdaily.net

Melacur dimaafkan: Mashitah perlu rujuk Mufti sebelum keluar kenyataan

Tuesday, June 21 @ 16:42:26 MYT

Oleh Omar Saidi

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mashitah Ibrahim disaran agar meminta nasihat para mufti sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan terutamanya dalam isu agama.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, kenyataan Mashitah baru-baru ini mengenai wanita yang melacurkan diri boleh dimaafkan akan menyebabkan masyarakat terkeliru.

"Tiada istilah 'boleh dimaafkan'kepada perempuan yang melacur diri mereka walaupun melakukan perbuatan tersebut kerana terpaksa atau berada dalam keadaan darurat," katanya.

Menurut beliau lagi, melacur bermakna melakukan hubungan seks (berzina) tanpa mengikut syariat yang tujuannya sama ada untuk keseronokan atau mencari upah.

Justeru kata beliau, perbuatan tersebut tetap merupakan satu penzinaan yang tidak boleh dimaafkan sebaliknya memerlukan seseorang yang melakukan perbuatan tersebut bertaubat dan menerima hukuman seperti ditetapkan oleh agama Islam.

"Pandangan yang mengatakan menjadi pelacur boleh dimaafkan sekiranya dalam keadaan darurat tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana boleh menjejaskan tahap keilmuan dan akidah seseorang.

"Perkara yang boleh dimaafkan dan tidak dikira berdosa hanyalah seperti memakan daging babi ketika ketiadaan makanan lain sehingga boleh membawa mati dengan kadar yang tidak mengenyangkan.

"Sebaliknya melacur kerana kesempitan wang tidak boleh diistilahkan sebagai darurat," kata beliau kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas satu soal jawab antara pembaca sebuah akhbar harian bersama Mashitah.

Dalam soal jawab yang disiarkan akhbar tersebut, Mashitah telah ditanya oleh seorang pembaca yang mengenalkan dirinya sebagai Razin daripada Kuala Lumpur berkenaan kedudukan wanita yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Mashitah dalam jawapannya berkata kedudukan hukum dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Merujuk kepada persoalan tersebut beliau berkata, mengikut istilah yang dipakai, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan dan perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan," katanya.

Sehubungan itu, Ustaz Ahmad ketika mengulas lanjut perkara tersebut menasihati Masitah supaya berbincang dengan para mufti sebelum membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. - mks.





macam-macam ada...!!!

www.geocities.com/exteam99

email: cakoi@gawab.com
20 years
cakoi
tak der org nak komen ker????

macam-macam ada.....!!!!!!!!!
www.geocities.com/exteam99
email: cakoi@gawab.com
20 years
cakoi
nie ler...kenyataan yang mengelirukan.......nie kena tanya ulamak yeng muktabr........dunia akhir zaman....hehehe....nanti ader ler jual diri...tak der duit nak bayar pinjaman

nine whiskey two whiskey foxtroth
www.geocities.com/exteam99
www.kawe.cjb.net
email: cakoi@gawab.com
20 years
fasihah
ha'ah lah....

macam mana tu?
20 years
jeemiau
saya pun heran la pulak...

selama ni saya suka dengo ustazah cantik ni punya ceramah...

naper dia dah jadik camni ha...?
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.