Kuala Lumpur : Sebuah Hospital di Kuala Lumpur telah melaporkan suatu kejadian pelik dan aneh yang berlaku di Wad ICU mereka.Kejadian pelik dan aneh yang sama juga pernah berlaku disebuah Hospital Seremban pada tahun 1980-an dan masih belom terjawab misteri kejadian tersebut hingga kini. Dilaporkan bahawa salah sebuah katil yang bernombor 8 di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama di Ibu Kota kerap mengalami kejadian pelik.Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap...
Kuala Lumpur : Sebuah Hospital di Kuala Lumpur telah melaporkan suatu kejadian pelik dan aneh yang berlaku di Wad ICU mereka.Kejadian pelik dan aneh yang sama juga pernah berlaku disebuah Hospital Seremban pada tahun 1980-an dan masih belom terjawab misteri kejadian tersebut hingga kini. Dilaporkan bahawa salah sebuah katil yang bernombor 8 di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama di Ibu Kota kerap mengalami kejadian pelik.Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap pukul 9.00 pagi tidak kira harinya. Perkara ini telah berlaku sejak setahun setelah yang lepas kononnya selepas kematian seorang Perompak yang mati ditembak yang diberi rawatan kecemasan diatas katil tersebut. Kejadian ini sangat membingungkan para doktor kerana hanya pesakit-pesakit yang diberikan rawatan dikatil nombor 8 itu sahaja yang akan mati tepat jam 9.00 pagi.Para pengamal perubatan alternatif pernah dipanggil oleh staf Hospital untuk 'memagar' dan membersihkan Wad ICU Hospital dari gangguan makhluk halus yang dipercayai menghuni katil nombor lapan tersebut namun usaha itu menemui jalan buntu.
Namun kesemua misteri akhirnya terjawap sehari yang lalu apabila beberapa doktor yang sedang bersiap sedia untuk merawat seorang pesakit mangsa kemalangan di katil tersebut kira-kira jam 8.55 pagi tiba-tiba dikejutkan dengan bekalan elektrik yang terputus ketika pesakit sedang diberikan alat bantuan oksigen.Seketika kemudian kedengaran bunyi alat penyedut hampagas yang memenuhi ruang Wad ICU Hospital tersebut. Seorang pekerja sambilan yang bertugas sebagai pencuci telah mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya.Tepat pukul 9.00 pagi itu seorang lagi pesakit maut lantas menjadi mangsa katil maut nombor lapan.
Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan vacuum cleaner...
pastu.. lawak...
Emm....
a-lol
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."