jeemiau
jeemiau
20 years
1355 views

MalAS sEMbahYANG...

Saya ada seorang kawan....

dia kata dia malas nak sembahyang....

dia tahu sembahyang tu wajib....

dia pun tahu sembahyang...

tapi dia berat nak buat...

kadang dia buat...lama tak buat....

pastu bila orang nasihat dia ikut...dia tak marah pun...sebab dia tahu nasihat tu betul...

katanya bila dengar azan... dia kata kat diri dia " aku nak sembahyang pukul sekian2" tapi pastu dia malas...dan malas...dan malas...terus tinggal....

kata dia kadang dia rasa berdosa...kadang dia rasa m...
7 comments
Share this post

Comments (7)
hazly
Saya harap saudari jeemaiu boleh la beritahu kepada kawan saudari mati tu tak jauh bila bila dtg renung apa yang kita dah buat kenang lalu kita tahu apa yang perlu dilakukan kerana allah tu maha pengasih maha pengampun jangan sia sia kan usia muda
20 years
hazly
1- Supaya mendapat taufiq, hidayah dan petunjuk untuk mentaati Allah dan mengabdikan diri kpdNya.

Kesialan kesialan dosa yg dilakukan akan akan menjadi halangan dan juga menatijahkan kehinaan maka perlulah bertaubat dan melepaskan diri darinya. belenggu belenggu dosa akan menyekat diri dari jalan ketaatan kpd allah, bebannya menghalang kecergasan, kelancaran utk mengerjakan segala kebajikan dan kerja kerja ketaatan.

Sesungguhnya berkekalan melakukan dosa adalah antara perkara yg menghitamkan hati, justeru itu hati jadi kelam kegelapan,keras,tidak bersih, tidak jernih serta tidak merasa kelazatan dan kemanisan dlm mengerjakan ibadah. maka bila berterusan dgn dosa hampir diri tidak mendapat taufiq, anggota tubuh malas utk tunaikan ibadah yg menjadi kewajipan, kalaupun kebetulan dia dapat melakukan ibadah, dia melakukannya dgn segala kepayahan, tidak berasa kemanisan serta kejernihan dan ketenangan, kesemuanya itu kerana kesialan dosa dosa dan akibat tidak bertaubat.

2- Supaya Ibadah diterima oleh Allah swt.

Kedudukan ibadah umpama hutang yg belum dijelaskan krn ia adalah kewajipan yg mesti ditunaikan, sedangkan ibadah diumpamakan sebagai hadiah kiranya ibadah dilakukan tanpa bertaubat, sudah tentu ibadahmu ditolak oleh Allah kerana sesungguhnya tuan empunya hutang tidak akan menerima hadiah andainya hutang yg wajib belum dibayar. Justeru itu bertaubat dpd ma'siat dan meminta keredhaan/kemaafan dari musuh (krn bersalah kpdnya) adalah kefardhuan yg mesti dilaksanakan sedangkan ibadah yg sengaja engkau lakukan itu kebanyakannya sunat sahaja.

Perbuatan Israr (berkekalan mengerjakan ma'siat) akan menegah dirimu daripada bertaubat kepada Allah, sedar dan insaf kesalahan kesalahanmu.

Lima sebab berlakunya israr / berkekalan dalam dosa dan maksiat iaitu:

1- Tabiat manusia (dirimu) bermudah mudah dengan perkara yang belum lagi berlaku,

Siksa itu memang bertangguh dan belum lagi mengenaimu. Tetapimengertilah sesungguhnya perkara yang akan berlaku (siksa) krn perbuatanmu lambat laun hampir dan terjadi jua. Yang tidak akan datang atau berlaku ialah perkara yang sudah berlalu, tetapi perkara yang akan datang adalah hampir dan lama kelamaan berlaku jua. Mati pula adalah perkara yg paling hampir,lebih hampir dari tali tali kasutmu sendiri. dan dirimu tidak mengetahui adakah hari ini hari terakhir buatmu.

Maka segerakan bertaubat seolah olah seperti seseorang bekerja keras berpenat lelah berusaha hari ini dan seterusnya kerana takutkan lapar dan susah pada tahun / masa hadapan, ia tidak leka dan mencuaikan kerjanya walaupun lapar atau kemiskinan itu bertangguh dan belum lagi berlaku. Apatahlagi api neraka dan siksaan adalah perkara bertangguh yg belum lagi berlaku yg lebih pedih dari lapar dan kemiskinan itu. Maka betapa perlu lebih bersungguh sungguh lagi dalam menyegerakannya.

2- Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan.

Ubatnya ialah dengan berfikir, andainya doktor yang kafir melarangnya meminum air sejuk yg menjadi pantang kepada penyakitnya kerana takutkan kemudharatannya nescaya engkau meninggalkannya meskipun engkau terlalu inginkannya, Tetapi sesungguhnya Allah dan Rasul saw Lebih benar dan lebih mengetahui daripada doktor tadi, dan lebih patut engkau ikuti. Manakala api neraka lebih pedih azabnya dari kemudharatan yg disebabkan air sejuk itu kpd penyakitmu. Maka hendaklah engkau perkuatkan hatimu, meneguhkannya. Apalah sangat kesukaran meninggalkan kesedapan dan keinginan nafsu dan shahwatmu di dunia dan masa hidup yg singkat ini jika dibandingkan tanggungan azab pedih neraka dan terluput ni'mat syurga.

3- Menangguhkan taubat dari sehari ke sehari.

iaitu menangguhkan taubat dari hari ke hari, dan merasakan dia boleh bertaubat pada bila bila masa yg dikehendai, umpamanya bila sudah umur tua, atau berasa insaf dan sebagainya, Ubatnya ialah sesungguhnya Umur/ usia kita bukan dlm gengaman, kekuasaan dan penentuan kita, boleh jadi kita mati tiba tiba sedang belum sempat bertaubat, Apatah lagi jika sukar untuk meninggalkan keinginan (melakukan ma'siat dan doa) pada ketika sekarang, maka tentulah lebih sukar lagilah untuk meninggalkannya pada waktu akan datang. jika berdalih mengatakan hendak menunggu ketika dan waktu yg sesuai, peluang yg baik, sedangkan masa dan peluang itu hanya cita dan angan yg belum dilaksanakan taubatnya itu, dia sesungguhnya umpama seorang yg hendak cabut anak pokok, penat/ tak terdaya dia utk mencabutnya kerana akarnya agar kuat lalu ia menangguhkannya kpd tahun depan sedangkan dia tahu pokok kayu itu ,jika tidak dicabut hari ini kelak akan bertambah besar dan makin kuat akarnya; sedangkan dirinya dirinya bertambah tua dan bertambah lemah, sungguhlah dia seorang yg jahil.

4-Menjanjikan dirinya dengan kemurahan dan keampunan Allah

Inilah sebodoh bodoh sangkaan, berharap keampunan dan kemurahan Allah sedangkan engkau tidak mengusahakannya dengan jalan bertaubat dan meninggalakan ma'siat. Sesungguhnya perahu tidak dapat berlayar di daratan (tanpa air),begitulah juga keampunan, ia memerlukan penyesalan dan taubat.

Diriwayatkan dpd Imam Ahmad,,Tarmizi , Ibn Majah dan al Hakam dpd Syadad bin Aus ra: Sabda rasul saw:

" Orang yg beraqal (bijaksana) ialah sesiapa yg mengira (menghitung) dirinya/ amalannya dan beramal (bersiap sedia) utk perkara2 selepas kematian ; dan Orang orang yg lemah (aqalnya)/cuai taqsir ialah sesiapa yg mengikut hawa nafsunya dan bercita cita kpd allah ta'ala dengan segala cita cita (mengharapkan bermacam rahmat,ganjaran dan kemapunan daripada allah)"

itulah dia orang yg A'juz (lemah) ,Taqsir (cuai) tidak bekerja keras utk keampunan Allah, dengan erti kata mengikut keinginan hawa nafsu , tidak menunaikan haq haq dan tanggungjawab, tidak bertaubat serta berkekalan mengerjakan ma'siat.

Inilah yang dikatakan oleh Sa'id Bin jabir rahimahullah :

Kelalaian/ taqsir cuai terhadap Allah itu ialah seseorang yg berpanjangan mengerjakan ma'siat tapi bercita cita / berharap Allah ta'ala mengampuni dan merahmatinya.

Dosa kecil menjadi Besar kerana beberapa sebab antaranya:

1 - Merasakan/ mengganggapnya kecil (mempermudah mudahkan dan merendah rendahkan) hingga tidak dipeduli, dan tidak rasa dukacita dgnnya lalu dia mengekalkannya dan mengamalkannya sekian lama.

2 - Berasa suka, bangga dan megah dgn dosanya itu hingga dia mengheboh hebohkan dan menjadikannya sebahgian dari tabiat dan penampilan dirinya.

3 - Bermudah mudah dgn sangkaan Allah akan menutupi dosanya itu, dan merasakan kerana dirinya mulia di sisi Allah lah maka perbuatannya ditutup dan tidak diketahui orang, lalu lekalah dirinya dan lupa bahwa Allah memurkai perlakuan dan kebanggaannya itu.

4 - Mengerjakan dosa itu secara berterang terangan, mempamirkan kepada orang lain, hingga mungkin ada orang menjadikannya dalil dan hujah utk diikuti atau melepaskan diri utk melakukannya.

Ingatlah sabda Rasul SAW : " Setiap org dari umatku, keberikan kemaafan kpdnya MELAINKAN org org yg berterang terangan (bermegah, mempamir dan bangga dgn dosa maksiat) dikatakan org yg berterang- terangan itu ialah seseorang yg melakukan sesuatu amalan (ma'siat) kemudian pagi pagi esoknya dia berkata: "aku telah buat begitu begini pada hari semalam, sedangkan Allah telah menutupinya (menjadikan org lain tidak sedar dan tidak tahu), maka sesungguhnya telah bermalaman Allah menutupinya, tetapi paginya dia membukanya (dgn perlakuannya itu)." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dpd Abu Hurairah ra.

5- Dosa kecil itu dilakukan oleh seorang yg a'lim yg diikuti perbuatannya itu oleh org org lain, maka jadilah dosa itu besar dan berkekalan walaupun dia telah mati.

Firman Allah Ta'ala yg bermaksud: " dan Kami tuliskan Apa yg telah dahulu (dilakukan oleh mereka dpd amal kebaikan dan kejahatan) dan juga Kesan kesannya" Surah Ya-sin ayat 12.

yg dimaksudkan dgn A-tharuhum (kesan kesan dpd mereka itu) ialah perlakuan /amalan mereka yg dikuti dan turut dilakukan oleh org lain selepas mrk krn sebab yg mereka telah mulakan itu.

Sabda Rasul SAW : " Sesiapa yg mengasaskan contoh ikutan (sunnah/jalan) pada agama islam, suatu contoh ikutan (sunnah) yg buruk/ jahat maka adalah atasnya kesalahannya (dosa) dan kesalahan (dosa) org yg mengerkannya selepasnya (setelah dirinya tida lagi) dgn tidak kurang sedikit pun dosa mereka berbanding dgn dosanya walaupun sedikit apa pun" Hadis riwayat Muslim dpd jarir bin Abdullah ra.

Perkara yg dapat mendorong diri utk bertaubat dan meninggalkan ma'siat ialah perasaan Takut (Khauf ) kepada Allah; Begitulah jua dgn mengingati betapa buruknya perbuatan perbuatan ma'siat dan dosa yg dilakukan itu, juga mengingatkan betapa dahsyat dan ngerinya seksaan seksaan allah, serta kemurkaanNya yg tidak akan sama sekali tertanggung di akhirat kelak.

Jalan keluar utk melepaskan diri daripada perbuatan dosa ialah mengetahui jenis jenisnya kemudian bertindak membersihkan diri dpdnya mengikut peraturan peraturannya yg tertentu bagi tiap tiap kategori itu.

YANG KITA TAKUTI IALAH TIDAK BERTAUBAT,LALAI DAN LUPA LALU KEKAL DLM DOSA DAN MA'SIAT, DOSA ITU MENJADIKAN HATI HATI KITA KERAS,PAYAH MENERIMA NASIHAT, ANGKUH DAN SOMBONG LALU DITIMPA KESIALAN DAN KECELAKAAN HINGGA MASANYA TERLEWAT DAN MATI DALAM SU'UL KHATIMAH.
20 years
kaduks
la apa susah 2 ...klu dia tak nk gi sembahyang ko sunat je sekali lagi ehheh
20 years
saiful
berdoalah agar Allah membuka hatinya untuk menjalankan perintah Allah....

dia tahukan..cumanya malas nak lakukan..itu tanda lemahnya iman...mungkin kerana kurangnya kesedaran terhadap perintah Allah....maknanya..kena belajar lagi...kita pun sama...biar timbul rasa takut untuk lakukan larangan Allah...itu yang sebaiknya....
20 years
jeemiau
mmm..bila ajak semayang jemaah dia ikut....cuma masalahnya kalo dia sensorang la....kat umah dia....
20 years
Zana.
persoalan yg rumit jee...

sebab hanya hidayah Allah yang mambu mengubatinya...

so

Sebagai Sahabat doakanlah untuknya moga Allah akan mengangkat doa dari keihlasan hati seorang sahabat...

Amin!!!!!!!!!!!!



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
saiful
nak mendapat kejayaan dunia pun susah...nikan nak mendapat kejayaan akhirat...lagi susah....ajaklah bersembahyang secara berjemaah....mudah2 an ianya akan membantu....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.