Iffah
Iffah
20 years
1042 views

ADA KEMUSYKILAN SIKIT...BOLEH TOLONG JAWAB TAK ?

Boleh tak seorang wanita berbekam. Sebab setahu ana, hanya lelaki yang digalakkan berbekam.

Satu lagi...ada orang cakap, betul ke kalau kita dah start berbekam, kita tak boleh tinggalkan amalan ni. Means kena buat selalu sepanjang hayat kita. Kalau tak buat nanti ada kesan lain.

Tq.

Jalan Menuju Bahagia itu tidak ditaburi Bunga mawar Yang Harum Tetapi Sebaliknya dipenuhi onak dan duri.
4 comments
Share this post

Comments (4)
azraqfatih
tidak salah berbekam untuk wanita, asalkan si tukang bekam bukan lelaki :-D

tetapi saya tertarik dengan jawapan zana.. wanita tidak perlu berbekam kerana sudah didatangi haid.. logik ler

pasal ada kesan lain jika tidak diamalkan tu.. kiranya macam tak logik.. mungkin yang kata tu.. si tukang bekam tak?

wallahu a'lam

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati..." - Ali 'Imran:185
20 years
Zana.
Bekam Ilmu Fardhu Kifayah . . .

"Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.”

Selanjutnya rujuk...

http://www.geocities.com/pujangga1/kajianku3



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Zana.
Setahu Zana...

Tak salah bagi seorang Wanita berbekam...

Berbekam ni satu dari kaedah rawatan yg digunakan dizaman Rasulullah...

dan . . .

Sebab wanita tak digalakkan kerana wanita sudah didatangi haid...

Walahua'lam sekadar apa yg pernah dengar...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
jeemiau
saya pun penah jugak dengo tentang berbekam ni...sama cam iffah bagitau tu....

tapi tak pasti la betul ke dak..?
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.