ish..."Suara taklah sesedap mane,cuma muka jea bulih tahan". Tetiba terdengar ulasan adik yg tgh tengok pertandingan realiti televisyen.
"Pertandingan dibuat melalui sms.Penonton dirumah lak yang akan menentukan siapa pemenangnya.Pandai menyanyi bukan tiket terbaik untuk jadik pemenang, tapi kepandaian memainkan sentimen dan menyuntik rase simpati si hati penonton dirumah untuk mengundi".
ermm.... yang sedihnya orng kita. Kekadang naik pelik gak. Sampai 70 juta dihabis...
ish..."Suara taklah sesedap mane,cuma muka jea bulih tahan". Tetiba terdengar ulasan adik yg tgh tengok pertandingan realiti televisyen.
"Pertandingan dibuat melalui sms.Penonton dirumah lak yang akan menentukan siapa pemenangnya.Pandai menyanyi bukan tiket terbaik untuk jadik pemenang, tapi kepandaian memainkan sentimen dan menyuntik rase simpati si hati penonton dirumah untuk mengundi".
ermm.... yang sedihnya orng kita. Kekadang naik pelik gak. Sampai 70 juta dihabiskan utk mengundi peserta yg baru nak belajar menyanyi menerusi SMS.Bayangkan betapa untungnya pihak penganjur dan syarikat telekomunikasi".
Banyaknya sampai, 70 juta?????..... ternganga mak kat sebelah...hehe
"Dan akhirnya, artis mentah yg baru nak belajar pegang mikrofon dpt kereta mahal sebuah dan macam-macam hadiah lagi. Yang dok perabihkan duit dgn SMS siang malam pagi petang langsung tak dpt apa-apa.Dapat dosa pulak kerana membazir".
Inilah yang dikatakan budaya hedonisme, budaya yg mengagungkan hiburan dan keseronokan.
"Bayangkan budak sekolah darjah tiga kat sekolah kakak yg hafal sifir pun berterabur, mengaji muqaddam pun terangkak-angkak, tapi bila ditanye tentang lirik lagu, semua tahu....kalau lirik nasyid tu tahanlah jugak, ini yg dihafalnya lirik lagu hip hop yg guna bahase rojak, yg kita langsung tak tau mane hujung mane pangkalnye."
Sekarang, dah ade berapa rancangan realiti TV????.....Entahlah, sayepun tak ingat....rasenye tak cukuplah sebelah jari tangan kita ni kalau nak dikira, nak dicampur yg tempatan dan yg dari luar,
Inilah agaknya penyakit umat akhir zaman. Yang terbaru akan ade jgn terkejut lak, program realiti mencari cinta...pelik cinta bulih ker dipupuk melalui TV realiti......ntah la..
kali ini mulut ayah lak melopong.....sambil mengeleng-ngelengkan kepala dan mengucap astagfirullah....
"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"