Hamzah
Hamzah
20 years
2182 views

Tingkah laku anak cermin akhlak ibubapa

DEWASA ini masyarakat Malaysia menyaksikan krisis akhlak yang begitu meruncing di kalangan anak muda. Anak muda bersikap biadap terhadap ibu bapa mereka. Mereka tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

Anak muda yang terbiar dan liar serta tidak kenal agama mereka. Lebih malang lagi, anak muda kini menjadi beban kepada bangsa dan negara. Perkara ini akhirnya menimbulkan persoalan betapa sukarnya ibu bapa zaman mutakhir ini untuk melahirkan generasi anak...

8 comments
Share this post

Comments (8)
Dee
Bapa borek anak rintik..

Kata Hamka-Sabarmu bukan kelemahan tapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau kuat mengendalikan diri...
20 years
Itaarissa
Kata ustaz Ravi Abdullah.....kita seharusnya tanam sikap positif.....jgn cepat mengalah....

jangan cakap..alah...anak nabi nuh pun tak masuk islam...isteri nabi lut pun ingkar.......

jika itu cara pandangan kita...alamatnya sampai bila pun kita tetap akan bersikap negatif dan buruk sangka pada Allah......asyik salahkan takdir....anak tok imam pun isap dadah.....anak tok imam pun pergnant tak kawen...siapa yg kita salahkan sebenarnya?

- bukan pangkat yg tentukan anak tu jadi baik ker idak tapi didikan dan takwa mak ayah...imam ker ustaz ker belum tentu jaminan seseorang itu pandai didik anak dan bertakwa........

pada saya la......saya just pegang hadis Rasulullah.......Barang siapa yg berjaya didik dua anak perempuanya.....maka dia dengan aku sebegini dalam syurga...sambil baginda menunjukkan dua jari baginda...betapa bertuah/rapatnya ibu bapa yg berjaya didik anak2......jika yg ini kita tanamkan dalam jiwa anak2......kenal Allah dan Rasul insyaallah...tak cepat lambat pun Allah akan buka jalan...yg ptg doa dan tawakal.........

kita hanya rancang dan usaha sebaiknya...penentu takdir kita tetap Allah

just my seposen......

p/s; Allah bersama persangkaan hamba2Nya......baik persangkaan/doa kita pada Allah...insyaAllah baiklah jadinya.
20 years
Zana.
Hamzah kalau macam tu syukurlah...

sebab...

"Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli."

kalau sebaliknya????

tapi dosa orang yg syirik lebih berat dari dosa org yg tinggal sembahyang/puasa sebab mungkin diakhir hayatnya ada benda yg Allah dapat maafkannya...

tapi kalau syirik dgn Allah...

tiada maaf selain taubat...

-Walahua'alam-



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Hamzah
boleh kak bawang

masa muda ?

masa tua; jadi imam

anak lak, masa muda teruk skit

masa tua; dah dapat hidayah, ganti ayah jadi imam

sapa tau kann...

Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
20 years
Zana.
Jee betul tu....

"...iman tak dapat diwarisi...."

tapi..

sebagai ibu bapa kita perlu memberi didikan yag terbaik

jika ia tidak mahu menjadi juga...

itu adalah takdir Allah..

kita harus menerimanya dengan redho...

jangan disalahkan pada takdir setelah berusaha...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
bawangmerah
so tajuk 'Tingkah laku anak cermin akhlak ibubapa' tak boleh digunakan 100%....
20 years
jeemiau
...iman tak dapat diwarisi....
20 years
bawangmerah
ada gak, bapak imam, tp anak tak mcm tu...so nak judge camner?.....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.