Tidak hairan bagi mana-mana umat Islam jika sekiranya Amerika tidak akan berhenti dari menghalang masyarakat Islam sebenar dari dibentuk kerana ia akan mendedahkan lubang-lubang yang terdapat pada 'demokrasi'. Oleh itu, kini usaha terbaru mereka ialah mengeluarkan kitab baru yang dinamakan "The True Furqan" sebagai Quran baru.
Kitab suci Islam kini sedang menghadapi satu cabaran baru -- "The True Furqan (Furqan sebenar)," sebuah buku setebal 368 muka mencermin...
Tidak hairan bagi mana-mana umat Islam jika sekiranya Amerika tidak akan berhenti dari menghalang masyarakat Islam sebenar dari dibentuk kerana ia akan mendedahkan lubang-lubang yang terdapat pada 'demokrasi'. Oleh itu, kini usaha terbaru mereka ialah mengeluarkan kitab baru yang dinamakan "The True Furqan" sebagai Quran baru.
Kitab suci Islam kini sedang menghadapi satu cabaran baru -- "The True Furqan (Furqan sebenar)," sebuah buku setebal 368 muka mencerminkan al-Quran dari segi bahasa dan stailnya, tetapi mencabar ajaran dan keTuhanan.
"Kami percaya bahawa saudara kami dari kalangan umat Islam, yang berjumlah lebih dari satu billion di lebih dari 39 negara, masih belum menerima ajaran sebenar dari gospel (kitab kristian)," kata al-Mahdy, seorang anggota jawatankuasa eksekutif Projek Omega 2001, yang mengedarkan The True Furqan dalam bulan April.
Buku berkulit keras itu telah diedarkan kepada kedutaan negara umat Islam di Paris pada 17 April dan kepada beberapa entiti di London seperti BBC pada 20 April. Pada 15 Mei, ia telah diedarkan kepada majalah berkala berbahasa Arab, Hebrew dan Inggeris di Jerusalem dan dalam seminggu 17 Mei, kepada majalah berkala berbahasa Arab di London.
"Tujuan sebenar The True Furqan ialah untuk dijadikan alat kepada evangelisme (penyebar agama kristian), kerana setakat ini kami masih belum mendapat sebarang ruang untuk sampai ke dunia Islam untuk Crist," kata al-Mahdy. "Kami telah mencuba melalui perubatan, sekolah, buku-buku, wayang gambar dan beberapa cara lain."
"Masih belum terdapat terjemahan Bible dalam bahasa Arab klasik yang boleh dibaca oleh umat Islam," tambah beliau. "Mereka telah mempersenda-sendakan terjemahan yang dibuat dalam bahasa percakapan mereka kerana mereka menganggapnya sebagai kurang berkualiti." Kualiti dan stail bahasa adalah merupakan sumber kebanggaan orang-orang Arab, di mana tulisan dalam bahasa klasik mereka merupakan yang paling sukar di dunia. Umat Islam mendakwa bahawa tulisan yang terdapat dalam al-Quran adalah yang terbaik dengan menggunakan bahasa Arab klasik yang paling sempurna, bahasa yang kaya yang tidak ada persamaan dalam mana-mana bahasa untuk menjelaskan maksudnya yang sebenar.
The True Furqan mengemukakan mesej gospel dalam bahasa Arab Klasik, dan juga ia merupakan kunci untuk sampai kepada dunia Islam bagi pihak Crist dengan menjawab cabaran selama 1,400 tahun dari al-Quran:
Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain." Â [al-Israa': 88]
Pengarang "The True Furqan" mendakwa bahawa mereka telah berjaya melakukannya. "Al-Quran telah mencabar dunia agar mengeluarkan suatu kitab sepertinya," kata penterjemahnya, al-Mahdy. Beliau seterusnya berkata "The True Furqan" akan berupaya memecah masuk dikalangan umat Islam bukan sahaja kerana ia telah menyahut cabaran al-Quran, tetapi kerana ia juga telah mempersoalkan beberapa ajaran al-Quran, dan juga mengemukakan mesej gospel, kesemuanya dalam bahasa suci umat Islam -- bahasa Arab yang berkuasa, sempurna, klasik".Â
Salah seorang dari pembaca telah mengirim surat dari seorang kawan di Kuwait.
Quran baru sedang diedarkan di Kuwait, berjudul "The True Furqan." Ia telah dikatakan sebagai ayat Syaitan dan al-Furqan. Majalah minggu telah mendapati bahawa dua buah syarikat percetakan Amerika “Omega 2001' dan 'Wine Press' telah terlibat dalam mengeluarkan buku "The True Furqan" ini, sebuah buku yang juga telah dinamakan sebagai "Quran Abad Ke-21! Ia mengandungi lebih dari 366 muka surat dan dicetak dalam dua bahasa iaitu Arab dan Inggeris... ia telah disebarkan di kalangan kanak-kanak di Kuwait di beberapa sekolah Inggeris swasta!
Buku tersebut mengandungi 77 surah, yang mana termasuk al-Fatihah, al-Jannah dan al-Injil. Selain dari Bismillah, setiap surah dimulakan dengan versi yang lebih panjang yang berkaitan dengan kepercayaan Kristian berhubung dengan tiga spirit. Dalamnya banyak ayat yang mencanggahi kepercayaan Islam. Dalam salah satu daripada ayatnya, ia menjelaskan bahawa memiliki lebih dari satu isteri sebagai zina, penceraian diharamkan dan ia menggunakan sistem baru dengan berkongsi wasiat, mencanggahi ajaran sebenar.
Ia mengatakan bahawa Jihad adalah HARAM. Malah buku ini telah pergi lebih jauh lagi sehingga menyerang Allah SWT. Kesemua ini telah meracuni anak-anak kita hanya dengan harga $3.
The True Furqan telah ditulis dalam masa tujuh hari dan didakwa diilhamkan oleh al-Safee sedangkan Nabi Muhammad menerima wahyunya selama 23 tahun. Tujuan buku ini ialah untuk mengemukakan gospel kristian kepada orang Arab mengikut gaya Quran.
AWASlah wahai umat Islam. Ini merupakan satu lagi tibu daya yang dilakukan oleh musuh Islam untuk melemahkan kepercayaan umat Islam terhadap keimanan dan untuk menguasai minda dan tanah air kita.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
yg mane betul baik nie?????
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....