copy paste dari emaik...
Kisah Pertama berlaku pada hari Sabtu lepas 02/04/2005. Saya bersama-sama kakak-kakak saya, anak saudara lelaki saya Along juga ustaz kecil telah menghadiri satu majlis agama. Majlis tersebut tamat hampir pukul satu dan ketika dalam perjalanan pulang kami bercadang bersolat zohor di mana-mana masjid yang sempat. Ketika kami sampai di Masjid, azan zohor telah berkumandang, kami yang perempuan ke dewan solat wanita dan berwudhu, setelah tamat azan tiba-tiba terdeng...
copy paste dari emaik...
Kisah Pertama berlaku pada hari Sabtu lepas 02/04/2005. Saya bersama-sama kakak-kakak saya, anak saudara lelaki saya Along juga ustaz kecil telah menghadiri satu majlis agama. Majlis tersebut tamat hampir pukul satu dan ketika dalam perjalanan pulang kami bercadang bersolat zohor di mana-mana masjid yang sempat. Ketika kami sampai di Masjid, azan zohor telah berkumandang, kami yang perempuan ke dewan solat wanita dan berwudhu, setelah tamat azan tiba-tiba terdengar suara yang terlalu kuat pada pendengaran saya, ketika itu saya sedang memakai telekung, "ASTAGHFIRULLAH A'AZIM HORMATLAH MASJID, HORMATLAH KAMI, HORMATLAH RUMAH ALLAH.... ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR....ALLAHUAKBAR.... Saya dan kakak-kakak saya terpinga-pinga, tapi biasalah busy body katakan, saya pun menjengok keluar kat tempat lelaki mengambil wudhu...... .MasyaAllah.... kelihatan seorang wanita melayu berseluar jeans, berbaju sendat hanya sampai kat pinggang dan tak berlengan dan dadanya punya ler luas sampaikan nampak lurah lebihan benjolan yang sepatutnya di tutup daripada padangan orang sedang terkejar-kejar mengejar anaknya. Rasa saya bergoncang iman lelaki yang memandangnya malangnya beliau seolah-olah tidak dengar laungan amaran hambaAllah tadi. Punya ler selamba muka dia, saya pula yang rasa serba salah. Tiba-tiba ustaz kecil datang dari belakang saya yang sedang asyik memerhatikan wanita tersebut (sebenarnya tergamam):-
Ustaz kecil : Bu.....Along bagi serban dia suruh bagi kat orang pompuan tu pakai(sambil menghulurkan serban). Kalau dia tak cukup, nanti ibu cakap kat adik nanti adik bagi serban adik lakkkk....tapi tunggu adik solat dulu...(sambil terus berlalu)
Saya : Arghhhh....serban?????? (masih tergamam lagi dan terlepas solat sunat kerana busy body punya pasal) Saya pun merapati wanita tersebut yang sedang mencangkung (pinggang dan perutnya turut mengintai, punye ler putih) memujuk anaknya yang sedang bergolek di atas lantai masjid.
Saya : Assalammualaikum dik......
Wanita : Waalaikum salam....ye????
Saya : Comelnya dia (sambil mengusap pipi gebu anaknya). Bawaklah dia masuk dalam kat dewan solat wanita kat sini panas... dalam ada kipas, ada air-cond....
Wanita : Dia nie... nakal lah kak.... tak tahu dok diam.
Saya : Tak apa... marilah masuk... (wanita itu mengikuti saya masuk ke dewan solat). Telekung wakaf ada kat sini, bolehlah adik solat berjemaah bersama-sama kami...
Wanita : Tak apalah kak... saya tunggu suami, dia gi buang air besar tadi, nanti dia cari kami lak...
Saya : Sementara nak tunggu suami kan elok solat dulu, selamat dalam perjalanan.
Wanita : Nanti suami saya marah lambat..... kami nak ke rumah mak dia...(nampaknya dia nie memang dah nekad tak nak solat dan saya pula kesuntukan masa kerana nak berjemaah)
Saya : Dik... ambil lah kain nie (serban Along sambil saya pakaikan kat bahunya)tutuplah aurat lebih-lebih lagi apabila berada di rumah Allah walaupun sesaat sekalipun. Azab Allah amat pedih walaupun sikit....... (belum abis cakap dah dipotongnya)
Wanita : Saya tak ada tujuan nak masuk sini tadi tapi suami saya sakit perut sebab tu singgah jap... minta maaf lah kak kalau kami menganggu..... orang tadi tu marahkan saya ke?
Saya : Tidak.... beliau bukan marah tapi mengingatkan supaya menghormati rumah Allah dan jemaah masjid ini.... pakailah... sebelum keluar dari sini....
Kisah kedua berlaku semalam (5/4/05) kira-kira pukul 1.40pm di surau di bangunan pejabat saya. Setelah mengambil wudhu saya masuk ke tempat solat tiba-tiba mata nakal saya nie terpandang susuk tubuh seorang gadis sedang solat. Beliau memakai seluar panjang berwarna hitam, bersetokin dan bajunya berwarna oren jenis kain yang jadi trend sekarang- kain kasar yang mudah crumple, panjangnya hanya setakat atas sikit dari punggong dan terbelah kiri dan kanan. Tangan bajunya panjang tapi ada belahan butang dan jelas kelihatan lengannya. Jarangnya baju ini hinggakan boleh nampak dengan jelas tali bra dan juga warna bra. Tudung pula jenis tudung bawal yang jarang hinggakan rantai pun jelas kelihatan. Saya beristighfar panjang melihatnya yang sedang kyusuk bersolat. Susah sangat ker nak bawak telekung dalam handbang. Tak payah bawak kain cuma telekung je. Alat solek berkilo-kilo boleh digendung ke hulu ke hilir tapi telekung yang ringan tu pun tak boleh bawak..... Kalau tidak pun apa salahnya bukak sikit mulut tu... pinjam telekong orang-orang yang ada dalam surau tu....Apabila beliau ruku' jelas ternampak perut melalui belahan di tepi bajunya. Sedih sungguh saya ketika itu dan terbayang lak Amina Wudud yang yang menjadi imam kepada jemaah campuran dan tanpa tutup aurat dengan sempurna. Selesai solat saya toleh ke belakang tapi gadis tersebut dah pergi.
Didiklah jiwa dan hati kita, sayangi dan cintailah agama.... malas dah nak cakap pasal aurat, pasal maksiat... dah semakin meruncing. Seperti kata Along, pendakwah kita sekarang ni kena tukar strategi, jangan hanya berceramah dalam masjid saja kerana orang yang datang ke masjid memang dah dekat pada Allah tapi kita kena keluar bukan hanya pergi dari rumah ke rumah tapi ke tempat-tempat maksiat seperti Konsert Bukit Jalil, disco2, kelab-kelab malam, KLCC, Dataran Merdeka..... Jawapan saya pada Along, "Maksiat lebih berkuasa dari kebenaran". Kebenaran seperti tikus yang nampak kucing. Kemungkaran didalangi oleh orang-orang yang mempunyai kuasa dunia dan kebenaran diterajui oleh mereka-mereka yang di bawah kuasa dunia. Jadilah seperti kes Jasmin, kes murtad ditutup rapi dan lain-lain....
okeylah....tak sempat nak bagi komen apa2 kat sini sebab bz nak jual telo unta kat PJ Hilton nih...
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
MASYA ALLAH.