Originally Posted by email
Subject: Astora Jabat dihukum sesat oleh MAIJ
Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang
paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama
Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti
menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber
MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau
nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat N...
Originally Posted by email
Subject: Astora Jabat dihukum sesat oleh MAIJ
Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang
paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama
Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti
menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber
MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau
nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat
selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat,
sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada
yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau
menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah
Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith
Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita
kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam
fiqah). Menurut seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu
tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali,
hinggalah para ulama Islam kini.
Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu, "hujah
'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan
perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam".
Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang
menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA (akta keselamatamn dalam negeri) untuk membendung pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah
beraliran agama. Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam.
Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing
peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya. Seorang bekas pelajar Universiti Al Azhar Mesir pula merasa hairan
bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama
Islam. "Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai
koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara
formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca
termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam".
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan
sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai
berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan
diruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Alzajeeera
dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul Hadi Awang, seorang
pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis
perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang"ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang
diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email
pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi
melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu
hanyalah teknik penulisan".
Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit
hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di
dalam satumajlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar
tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan
menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh
didapatkan dipasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora
di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan
yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan
tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.
Bersama kita Mengambil Iktibar!!!
Wassalam....