Tahniah buat syarikat FAR Alliance (M) Sdn Bhd atau FAMSB atas kejayaan mereka menghasilkan teknologi komunikasi jalur lebar menerusi penggunaan litar elektrik berkelajuan tinggi baru-baru ini.
Presiden yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Abdul Zahid Mohd Zaid berkata bahawa teknologi yang dirintis FAMSB bakal menjulang nama negara dan seterusnya menerajui dunia dalam dalam zaman komunikasi global.Ini kerana teknologi ini belum lagi dilaksanakan hatta di mana-mana negara ...
Tahniah buat syarikat FAR Alliance (M) Sdn Bhd atau FAMSB atas kejayaan mereka menghasilkan teknologi komunikasi jalur lebar menerusi penggunaan litar elektrik berkelajuan tinggi baru-baru ini.
Presiden yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Abdul Zahid Mohd Zaid berkata bahawa teknologi yang dirintis FAMSB bakal menjulang nama negara dan seterusnya menerajui dunia dalam dalam zaman komunikasi global.Ini kerana teknologi ini belum lagi dilaksanakan hatta di mana-mana negara pun di seluruh dunia.
Bagaimana pun webmaster Jiwa-Merdeka.net ingin memberitahu bahawa sebenarnya teknologi ini telah pun wujud di beberapa negara seperti Scotland. Sila rujuk salah sebuah laman web yang ada menceritakan tentang teknologi jalur lebar menerusi litar elektrik ini di http://www.hydro.co.uk/Broadband
Apapun tahniah juga buat jurutera-jurutera dari FAMSB yang berusaha menghasilkan sesuatu yang baru untuk negara Malaysia yang tercinta ini. Sememangnya kita akui betapa teknologi yang dihasilkan ini bakal mencetuskan sebuah revolusi perhubungan jalur lebar kos rendah kerana menggabungkan perkhidmatan bekalan elektrik dan telekomunikasi.
panjang lagi, maklumat lanjut?
klik sini... http://villailhami.blogspot.com
terima kasih. moga ada manfaatnya