syed ali hassan al a
syed ali hassan al a
21 years
1203 views

mazhad islam yg manakah yg betul

sila bagi pandangan anda mengenai tajuk ini.

12 comments
Share this post

Comments (12)
kay
Ini adalah dari petikan : ittaarissa

Ada orang sesuai lidahnya dgn pedas lada hitam...sbb mak dia biasa masak guna lada hitam

ada orang sesuai lidahnya dengan cili kering..mak dia masak guna cili kering

ada orang sesuai lidahnya dgn cili padi.....sbb dari kecil mak dia biasa masak guna cili padi

ketiga2 tujuan dia sama....nak makan makanan pedas.....

Kalau dah semua menuju kearah yg sama, kenapa tidak di ikut terus Al-QURAN.

Satu lagi. Kalau la Al-Quran itu lengkap,kenapa mesti ada mazhab2 yg perlu di percaya atau diikut.Dan kenapa perlu diterjemah oleh ahli2 kitab yg bijak pandai,bukankah ia sudah lengkap dan jelas.Jadi bila jelas maknanya kita boleh memahaminya sendiri.

Saya yg berdosa Ahmad (IPOH)
20 years
en. dzul
pada pendapat saya, soal mazhab ni tak menjadi masalah pun... keempat2 mazhab ni hanya berbeza pendapat pada hukum hakam... dan diorang pun disokong dengan dalil2... yang pasti tiada perbezaan pendapat dari segi aqidah... aqidah mesti sama

kita mengikut syafi'e supaya nampak seragam... ini bagi mengelak fitnah pada orang yang tak paham... sesetengah orang bila dia nampak perkara pelik sikit, maka dengan mudah dia menghukum... orang ni sesat... orang tu sesat... padahal aqidahnya sama je... yang berbeza cuma perlaksanaan hukum-hukum

sebab tu la kita di anjurkan ikut syafi'e... dan ada beberapa perkara sahaja yang di bolehkan kita ikut mazhab lain... yang pasti mazhab mana2 pun boleh pakai, asalkan tak terpesong aqidah...

nak tau lebih lanjut sila rujuk ustaz2... saya ilmu cetek
21 years
Itaarissa
Ada orang sesuai lidahnya dgn pedas lada hitam...sbb mak dia biasa masak guna lada hitam

ada orang sesuai lidahnya dengan cili kering..mak dia masak guna cili kering

ada orang sesuai lidahnya dgn cili padi.....sbb dari kecil mak dia biasa masak guna cili padi

ketiga2 tujuan dia sama....nak makan makanan pedas.....

Bukankah perbezaan merupakan satu rahmat kerana keupayaan setiap manusia itu berbeza?

kalau secara kiasannya...kalau kita guna keempat2 mazhab seperti kata Adil tuh seolah2 kita masukkan ketiga2 cili tuh serentak dalam satu masakan...leh imagine tak betapa pedas rasanya? buleh ceret beret kita....begitu jugak dalam perlaksanaan syariat kita...

menurut Ustaz Ismail Kamus...kita mengikut mazhab shafie kerana kebetulan (dgn izin Allah) pendakwah yg datang ke tanah melayu adalah dari golongan pengikut mazhab shafie.....

nak ikut mazhab nih bukan pakai ikut suka hati tapi kena tuntut ilmu.....oleh kerana kita dah menuntut cara Shafie...sebab itu kita teruskan cara Mazhab shafie.......

Ini pendapat saya..wallahua`lam.

p/s;Saya fikir tanya tok2 guru lagi baik...lagipun persoalan nih persoalan besar...jgn tanya orang sebarangan......tanyalah orang yang ahli (orang yang tahu agama) bukan hanya sekadar baca buku...tu je
21 years
Adil
apa yang dikatakan oleh Dol tu benar,memang ada 4 mazhab tapi kita tak boleh guna keempat empat mashab tu dalam satu masa yang sama.contohnye dalam solat mazhab safiee kata kentut dlm solat batal,tapi mazhab hambali kata tidak,sebaliknye perut berbunyi sudah membatalkan solat.jadi kita guna pakai satu mazhab sahaja,tak boleh campor aduk ,kalau kita dah guna Safiee kita guna Ssfiee sahaja,hanya ada beberapa part dan tempat sahaja yang diboleh menggunakan mazhab lain.
21 years
saiful
saya agak tertarik dengan kickers...wujudnya pelbagai mazhab ini kerana wujudnya perbezaan pendapat..namun harus diingat bahawa semuanya tetap berlandaskan al-Quran dan sunnah..tak ada yang salah semua betul..perbezaan pendapat ini dikatakan khilaf yang wujud antara mereka..dan kita yang sesungguhnya kurangnya ilmu dan pengetahuan bolehlah mengikut pendapat-pendapat mazhab tersebut...oleh itu tiada manusia yang pernah sempurna..maka itu setiap mazhab yang dibuat oleh manusia itu tentunya ada kelemahan yang tersendiri..oleh itu adalah tidak betul jika kita memburukkan mana mazhab yang 4 tersebut...tq
21 years
Faisal Waduth
Assalamualaikum...

Keempat mazhab2 ni mazhab sunnah... Malah imam keempat-empat mazhab nie pewrnah berkata, "Jika ada hadis bertentangan dengan mazhab, maka ikutlah hadis bukan mazhab." Islam itu agama Nya... Imam2 ni menyebarkannya... Malam imam Maliki sndiri pernah larang pendapat@bukunya (tak sure) daripada di jadikan rujukan muktamad coz risau ada yg fanatik smpi menidakkan sesuatu yg lebih baik(hadis yg kukuh)...

Wallahua'lam

Mohamed Faisal
21 years
qutreen
emm betul tu Hmz...

~lahirnya manusia disambut dgn azan,matinya manusia diiringi dgn solat,antara azan dan solat,alangkah singkatnye hidup ini...~
21 years
kickers
assalamualaikum...

sebenarnya semua (Syafie, Hanbali, Maliki & Hanafi) mazhab adalah sama. Bertauhidkan pada Yang Maha Esa...Allah SWT...

Sepatutnya tidak timbul siapa yang betul atau tidak...yang menjadikan wujudnya pelbagai mazhab, hanyalah disebab pendapat dalam perlaksanaan hukum-hukum Islam.

Selagi tauhid teguh pada Allah & perlaksanaan mengikut Al-Quran & Sunnah....insyaAllah kita berada di landasan yang benar.

p/s: betulkan saya jika silap...

wassalam..
21 years
DOL
ke empat2 mazhab tu semuanye betul,tapi kita kena ikut satu mazhab sahaja tak bleh camporkan ,maksudnya tak bleh solat ikut mazhab Safiee ,tapi amik air sembahyang ikut hambali plak, pastu macam nak nikah ikut plak mazgab hanafi, kalau kita bermazhabkan Safiee,Safiee jje lah..hanya tawab di Mekah sahaja dibenarkan ikutcara mazhab hambali wab...
21 years
syed ali hassan al a
mazhab yg manakah yg berlandaskan al-quran dan sunnah nabi....?
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.