saiful
saiful
21 years
1191 views

just nak mintak pandangan

antara melayu dan islam mana satu yang perlu kita utamakan untuk diperjuangkan....sekadar untuk kita berforum...moga2 boleh berikan manfaat untuk kita bersama

9 comments
Share this post

Comments (9)
Zana.
Soalan nie....

Mestilah Islam sebab ia agama

Melayu ia adalah bangsa

Berbeza tu....

Islam agama yang paling Symul...

dan..

Tiada agama yang paling sempurna disisi Allah melainkan Islam...

-Walahualam-

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
saiful
alhamdulillah baguslah kalo semua rasa islam yang perlu kita utamakan..harapnya adalah usaha kita untuk memastikan islam itu sentiasa dijulang di tempat yang teragung...dan lebih-lebih lagi dalam situai sekarang..islam terus ditekan..terus bagaikan dihina...wujudnya pelbagai pihak yang cuba untuk mencemarkan islam...moga2 kita sentiasa peka dengan keadaan yang melibatkan saudara islam sekeliling kita...paper hari ini 20.4.05...golongan yahudi israel menggunakan alat pengesan bogel untuk mebuat pemeriksaan keselamatan...betul2 melanggar hak asasi manusia..dan yang pastinya...boleh mencemarkan maruah umat islam yang berdekatan disana....yang penting kita wajib berusaha untuk memastikan islam tetap kita pertahankan...kerana Allah melihat kepada usaha kita..dan bukan pada hasilnya.....wa'allahualam
21 years
inas_sayang
emmmm....antara melayu dan islam yg mana harus diutamakan dulu....bagi inas la ISLAM la yg harus diutamakan kerana ISLAM itu agama yg syumul.di bawah payungan ISLAM semua bangsa bersatu diatas satu akidah. dengan berpegang kepada satu akidah ini umat islam tidak akan berpecah.

Tetapi jika melayu yg diutamakan.....alamatnya goyah juga perpaduan kerana melayu sekarang ada juga yg seakan berpecah kerana parti politik dan tak kurang juga melayu yg berpecah kerana lain keturunan.....

Apa yg penting kuatkan akidah kita sebagai umat ISLAM maka secara automatiknya kuatla bangsa kita sebagai bangsa Melayu...sekadar komen jer

usaha,yakin dan tawakal insyaallah berjaya....kerana semuanya urusan Allah
21 years
Hmz
Assalamualaikum.

bagus jugak si saiful ni bukak ruangan perbincangan cam ni. bagi saya, Islamlah perlu diutamakan berbanding bangsa melayu. Dalam konteks negara malaysia ini, melayu sering ditafsirkan sebagai orang Islam. jadi tidak hairanlah jika kita melihat seseorang melayu, secara automatik kita percaya dia beragama Islam kerana agama Islam itu sudah sinonim dengan bangsa melayu itu sendiri (konteks malaysia). Jadi perlulah kita jaga dan bajai umat melayu ini supaya Islam itu terus mantap dihati orang melayu, walaupun kita dapati terdapat sebilangan orang melayu yang telah murtad. Jadi inilah cabaran bagi orang melayu untuk memperjuangkan Islam sebagai agama mereka. kerana Islamlah, melayu menjadi mahsyur pada zaman kesultanan melayu melaka, kerana Islamlah, melayu menjadi bangsa terkemuka, maka salahkah kita memperjuangkan Melayu yang sememangnya sinonim dengan agama Islam itu sendiri? Marilah kita jaga agama dan bangsa kita, berserinya dunia ini kerana terdapatnya pelbagai bangsa dan disatukan ia di dalam agama Islam supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain. Wallahua'lam.

Tunjukkan kami jalan yang lurus...
21 years
siti fatimah
Assalamualikum...

Islam yg patut kita dahulukan krn ia memberikan ketengan pada diri kita dan Islamlah tunjang kita.Dahulukan Islam drp adat dan budaya kerana adat dan budaya hanya pantang-larang manusia sedangkan Islam berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis....renungkanlah...
21 years
sayuqkulat
islam laaaaa lyg lain2 mangkaqqqqqq

Naper lah dlm dunia hari ni manusia di penuhi dgn hasad dengki, iri hati, tiada budi pekerti, yg baik budi boleh di bilang dgn jari.....
21 years
Mami Ros
sebab melayunya identiti...

tak ilang melayu dibumi....

oh.. yer kaaa...

tapi kalau dan bercampur...

mana ada orginalitynya....

dah lama ilang melayunya.....

Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...
21 years
saiful
betoi tu..tapi nape ada masyarakat islam kita yang sampai taksub melayu...tu yang saya hairan sangat
21 years
jeemiau
pada teman tentulah islam...melayu tu cuma bangsa je....islam ni pegangan kita....dalam islam pun ada mcm2 bangsa, kan...........

@}>---@}>---@}>---@}>---@}>---
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.