Zana.
Zana.
21 years
1016 views

Semangat juang seorang penyair

Al-KHANSA ‘Amru, adalah seorang wanita, ibu dan penyair terkenal di zamannya. Selain pandai bersyair, dia juga merupakan seorang wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr. Syairnya itu berbunyi: “Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas may...

7 comments
Share this post

Comments (7)
Itaarissa
sebelum nih tau penghulu syuhada` jer.....Pak Cik Rasulullah......skang tahu Ummu syuhada pula.....erm....
21 years
Zana.
Sebagai ibu doa adalah dan usaha adalah penting sebab bayi ibarat kain putih Ibubapa yang bakal mencorakkannya..

Sebagai Isteri...

Memang banyak dugaannya diibaratkan berada ditebing syurga dan neraka

silap langkah buruk padahnya...

sedikit kesabaran bahagia sudahnya...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
salopet
memang besar zana peranan ibu dan isteri...

dari hal2 kebaikan sampai lah kehal kejahatan...semua itu adalah diantara peranan ibu dan isteri....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
Zana.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati

Naluri semulajadi yang pinta diisi

Kerananya jejaka rela menjadi suami

Kerananya perawan rela menjadi isteri

Masing-masing dengan harapan

Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku

Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza

Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan

Bahagia itu pada harta

Diukir dari intan permata

( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan

bahagia itu pada rupa..

Ditempa oleh wajah rupawan

( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan

bahagia itu pada kuasa

dituai oleh pangkat dan jawatan

( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema

mencari yang benar mempelai tersasar

kalaulah bahagia itu pada harta

kalaulah bahagia itu pada nama

kalaulah bahagia itu pada rupa

kalaulah bahagia itu pada kuasa

kenapa Charles dan Diana berpisah

kenapa Elvis dan Priscilla berpecah

kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata dalam hati

Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI

Bertakhta di kerajaan diri

Bahagia itu pada JIWA

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu KESABARAN

Bila susah tak gelisah

Bila miskin tak pemarah

Bila gagal tidak resah

Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan

Bila hati mengingati tuhan

Firman Allah:

Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi

ketenangan pada hati

suami isteri sama-sama mengerti

maksud tersemi takdir ilahi

itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman

Tuluskan niat luruskan matlamat

'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'

'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'

penyeri Islamku nanti

muktamadlah akad sahlah nikah

dengan nama Allah

gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan

Iman itu tujuan

Syariat itu jalan

Tempat merujuk segala permasalahan

Tempat mencari semua penyelesaian

- isteriku, taatilah hukum Allah....

- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf

Rumah jadi sambungan madrasah...

Seninya kerana solat...

Indahnya oleh munajat

Tapaknya ....iman

Jalannya ....syariat

Natijahnya.....akhlak

Tiga penjamin segala

kunci kebahagian rumahtangga

dan terciptalah:

'setia dan penyayang suami'

'cinta dan kasih isteri'

lalu berbuahlah

mahmudah demi mahmudah

yang melahirkan.....

"Soleh dan solehah"



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Zana.
salopet...

Besar peranan seorang ibu dan isteri...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
salopet
apa gelaran aku sebagai ibu sekang nie.....

ibu mintal tali ker?....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
yleadh
hermmm pernah dengar kisah ni... betapa bertuahnya mereka sekeluarga...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.