WAJAH KEMATIAN
CUKUPLAH KEMATIAN
SEBAGAI PENGAJARAN
(Untuk peringatan diri sendiri)
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang mas...
WAJAH KEMATIAN
CUKUPLAH KEMATIAN
SEBAGAI PENGAJARAN
(Untuk peringatan diri sendiri)
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
SESUNGGUHNYA LEMATIAN ITU ADALAH BENAR DAN SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI
~lahirnya manusia disambut dgn azan,matinya manusia diiringi dgn solat,antara azan dan solat,alangkah singkatnye hidup ini...~
Didalam kubur terlalu sempit
Oleh lah itu wahai sahabat
Iman di dada perlu ditingkat...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."