azi
azi
21 years
1222 views

Tangisan Dan Airmata

Kata Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu :

  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

  2. Menangis kerana rasa takut.

  3. Menangis kerana cinta.

  4. Menangis kerana gembira.

  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

  6. Menangis kerana terlalu sedih.

  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawa...

9 comments
Share this post

Comments (9)
Itaarissa
lahir kedunia la......
21 years
Itaarissa
Waktu lahir kedua...yg paling pandai ialah menangis...uwaa..uwaaaa.....

tp waktu tu suci bersih tanpa noda...cam kain puteh jer...tu yg rasa nak nangis la ni tu.......
21 years
salopet
sekang ramai yg menangis kerana tak dapek bayo utang........





dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
en. dzul
menangislah kerana ummat... jika tidak menangislah kerana kamu tidak mampu untuk menangis
21 years
azi
Adakalanya airmata juga kelemahan buat wanita........

just the simple life.......
21 years
Zana.
Yleadh... kan ke air mata tu senjata wanita...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
tapi zana, org pompuan ni kadangkala tangisan nya sebab lain le pulak...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Zana.
Menangislah.... Moga Allah merahmati segala tangisan keinsafan...





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap

Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah,

tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a.

w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg

berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga

basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,

perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,

dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,

masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka

dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak

bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan

melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha

Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika

hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya

dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi

hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha

pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika

hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan

tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan

perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat,

maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka

adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan

darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual

beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah

neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk

daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan

angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman

di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang

menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui

manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.

a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan

kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah

orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya

dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai

lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan

darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi

kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya

dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan

terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. "

Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah

balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah

hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri

mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah

orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram,

maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam

keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,

maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka

adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan

berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk

lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan

lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan

keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang

minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali

mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan

wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.

Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,

datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih

memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh

dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan

derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika

meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah

balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,

mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah

yang maha pengasih..."

hermmm itulah airmata rasulallah yang begitu kasih dan bimbang dengan umat nya, tapi kita?

betapakah kecintaan kita pada baginda?

selamat menyambut maulidur rasul tak berapa hari lagi...

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.