nak tanya???penting...
...
nak tanya ni...kawan atie ada kemusykilan...dia bakal berkahwin dengan duda anak lelaki seorg...
Apa hukumnya dia dengan anak tiri tersebut dari segi aurat dan batas2 pergaulan...????adakah sama mcm anak kandung juga or camna...lagipun nanti bila dia kahwin sure anak tu dia yg kena jaga..so camna yerr???
hope dapat jawapan dari yg tahu mengenai hal ini...kawan atie tgh bingung tu...hehehehe
Sekian, terima kasih
"Hamba Allah......"
3 comments
Comments (3)
Dibawah ini terdapat persoalan yg hampir sama dgn soalan yg atie kemuka. Ia dipetik dari website: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.
Jawapan yg diberikan rasanya telah menjawab persoalan yg dibingungi oleh kawan atie tu.
Soalan: Saya telah mempunyai seorang anak perempuan melalui perkahwinan terdahulu apabila mengahwini suami saya seorang duda yang mempunyai lima orang anak-anak, lelaki dan perempuan. Saya ingin tahu apakah hukum pergaulan saya dengan anak-anak tiri lelaki saya, adakah batal air sembahayang dan apakah batas aurat dengan mereka. Apakah pula hukum pergaulan anak perempuan saya dengan anak-anak tiri lelaki saya. Adakah batal air sembahayang dan batas aurat di antara mereka?.
Jawapan: Pergaulan dan batasan aurat puan sebagai ibu tiri dengan anak-anak tiri sama ada lelaki / perempuan sama seperti anak saudari (sekiranya telah berlaku persetubuhan antara puan dengan suami). Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 23 yang bermaksud:
"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; ..........anak-anak isterimu dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; ..........."
Walau bagaimanapun, aurat di antara anak-anak perempuan puan dan anak tiri lelaki puan adalah sama dengan aurat bukan mahram kerana mereka boleh berkahwin di antara satu sama lain.
Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.

21 years
rase teman anak tiri ngan mak tiri tak buleh kawin....dah tu bila dapat anak nanti deme jadik adik-beradik satu bapak....tapi ape2hal pun mintak le sesaper yang lebih advanced dari teman menjawabnyer...heheh...!teman ni idak le pande sangat...
@}>---@}>---@}>---@}>---@}>---
@}>---@}>---@}>---@}>---@}>---
21 years
time kasih yerr....
"Hamba Allah......"