Assalamualaikum,
· Wahai insan bantulah Allah dalam mengembangkan agama Islam dalam apa
cara
sekali pun. Sesungguhnya Allah mencipta manusia adalah sebagai khalifah
di
muka bumi ini.
· Jika kamu membantu Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa membantu
kamu dan
bantuan dari Allah akan mudah kamu perolehi.
· Jika kamu tidak mampu mengembangkan agama Allah, berilah sokongan
pada
insan-insan lain yang melakukannya dan janganlah kamu melemahkan
mereka.
Perbuatan ...
Assalamualaikum,
· Wahai insan bantulah Allah dalam mengembangkan agama Islam dalam apa
cara
sekali pun. Sesungguhnya Allah mencipta manusia adalah sebagai khalifah
di
muka bumi ini.
· Jika kamu membantu Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa membantu
kamu dan
bantuan dari Allah akan mudah kamu perolehi.
· Jika kamu tidak mampu mengembangkan agama Allah, berilah sokongan
pada
insan-insan lain yang melakukannya dan janganlah kamu melemahkan
mereka.
Perbuatan menghalang insan lain mengembangkan agama Allah adalah
dilarang
dan akibat perbuatan itu akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang
sangat
berat yang mana tidak mustahil akan dibalas semasa di dunia lagi.
· Dengan kemajuan teknologi yang semakin hari semakin berkembang kita
seharusnya mengambil kesempatan mempergunakan nikmat kemajuan yang
diberikan
oleh Allah dengan sebaik mungkin untuk melakukan segala amalan kebaikan
terutama yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah serta
menambahkan
pahala kepada kita sebagai bekalan di akhirat kelak. Tahap kesenangan
hidup
yang jauh lebih mudah kita rasai sekarang ini berbeza di zaman Nabi
Adam
lagi harus kita manfaatkan sebaiknya.
· Usahlah menggunakan televisyen dengan menonton rancangan yang tidak
bermanfaat.Selalulah menonton rancangan yang boleh menambahkan ilmu
pengetahuan pada diri.
· Usahlah selalu menggunakan radio untuk mendengar lagu-lagu cinta
yang
lirik lagunya tidak mendatangkan manfaat pada diri. Cubalah ubah dengan
mendengar lagu-lagu nasyid yang lirik lagunya sangat bermanfaat kepada
diri
kita. Ingatlah kata-kata yang keluar dari mulut kita antaranya
merupakan
doa. Jadi dengarlah sambil menyanyi lagu-lagu nasyid yang lirik lagunya
banyak berunsur zikir kepada Allah atau doa kepada Allah. Secara tidak
langsung keuntungan besar seperti pahala dapat perolehi dan kemungkinan
doa
yang dilakukan melalui menyanyi itu akan diterima oleh Allah.
· Seandainya anda sudah bekemampuan memiliki peralatan untuk pergi ke
suatu
destinasi iaitu kenderaan yang tahapnya jauh lebih mudah daripada yang
digunakan oleh Nabi Muhammad maka gunalah sebaiknya. Kerapkan diri
menghadiri majlis-majlis ilmu yang bermanfaat sepert majlis ceramah
agama
dan kelas mengaji Al-Quran. Usahlah disalahgunakan sehingga melakukan
perbuatan yang mendatangkan dosa dan tidak bermanfaat sehingga
merugikan
diri kerana nikmat itu tidak mustahil akan ditarik balik oleh Allah
dengan
pelbagai cara seperti berlakunya kemalangan pada diri kita ketika
menggunakannya, kehilangan kenderaan akibat dicuri dan kenderaan mudah
rosak.
Jadi bersamalah kita sentiasa menilai diri dan lakukanlah perbuatan
memuhasabah diri setiap hari agar kita sentiasa bersyukur pada Illahi
dan
menjauhi dari sikap suka menyalahgunakan nikmat kurniaan Illahi.
Wassalam.
~lahirnya manusia disambut dgn azan,matinya manusia diiringi dgn solat,antara azan dan solat,alangkah singkatnye hidup ini...~
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"
"Udep Sare Mati Syahid"