"HATINYA BERDEBAR-DEBAR"
Alin seorang anak yang baik budi bahasa, dibesarkan dan diajar dalam suasana
keluarga yang
penuh kasih sayang. Tapi sebagai anak yang sulung, Alin terpaksa berhenti
sekolah setakat
SPM walaupun keputusan SPM nya membolehkan dia menyambung pelajaran pada
masa tu. Ini semua
berlaku selepas kematian ayahnya. Alin terpaksa berkorban untuk menyara adik
yang masih kecil
dan bersekolah. Pengorbanannya sungguh tinggi.
Masuk tahun ni dah 3 tahun si...
"HATINYA BERDEBAR-DEBAR"
Alin seorang anak yang baik budi bahasa, dibesarkan dan diajar dalam suasana
keluarga yang
penuh kasih sayang. Tapi sebagai anak yang sulung, Alin terpaksa berhenti
sekolah setakat
SPM walaupun keputusan SPM nya membolehkan dia menyambung pelajaran pada
masa tu. Ini semua
berlaku selepas kematian ayahnya. Alin terpaksa berkorban untuk menyara adik
yang masih kecil
dan bersekolah. Pengorbanannya sungguh tinggi.
Masuk tahun ni dah 3 tahun si Alin ni kerja kat kilang electronic kat BP.
Dapat le dia
membesarkan dan menyekolahkan adik-adiknya yang lain. Setiap hari Alin akan
bangun se awal jam
5 pagi, sembahyang, menyiapkan sarapan adik-adik dan bersiap untuk bekerja.
Alin ke kilang
dengan menaiki bas, dan dia terpaksa menunggu keseorangan setiap hari kerana
dia tinggal di
pendalaman. Tapi, alhamdulillah selama 3 tahun ni tidak ada perkara buruk
yang berlaku, dia
selalu mengamalkan ayat pendinding yang diajar oleh ibunya.
Dalam alam remaja dengan umur yang baru mencecah 21 tahun, alin seperti
remaja lain. Dia seorang
gadis yang taat dengan perintah ibunya. Jarang sekali dia bercakap, jauh
sekali keluar dengan
lelaki. Satu hari, alin terpaksa balik lewat dari hari biasa kerana terpaksa
kerja "lebih masa".
Jam dah pukul 7 dan dia sudah menalipon adiknya (angah) untuk mengambilnya
dengan menggunakan
motor. Tak tahu le dah lama dia menunggu angah tak juga sampai. "nak kena
angah ni agaknya,
bukan nya dekat nak jalan" alin merungut. Walaupun dia memang setiap hari
berjalan pulang tapi
hari tu hatinya berdebar-debar, tak sedap. Lagi satu masalahnya dia nak
melepaskan kelompok budak
bujang yang selalu bersidai kat tembok hujung kampung tu. Selalu budak
bujang tu mengusiknya.
Tak kuasa dia melayan kerenah bebudak tu.
Alin terpaksa juga berjalan, ya le kalau nanti sambil berjalan mungkin angah
dah sampai.
Alin berjalan, pandangannya dijaga (tunduk je). Sampai satu sempang, alin
ditegur dengan satu
suara. "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN" . sayup-sayup je
suara tu, Alin
teruskan perjalanan. Sampai ke rumah dah nak gelap, angah rupanya terlupa
nak ambil dia.
Alin : "Mak mana?"
Angah : "pergi kenduri"
Alin : "Rumah sapa pulak, kenapa ada kenduri?"
Angah : " Tak tahu le long, kata mak di pi rumah pak din, kenduri anak dia
balik bercuti,
a'la si farid yang belajo kat UK tu"
Alin : "Farid"
Angah : " a'ah"
Perbualan tu sampai disitu saja, malam tu Alin tak boleh melelapkan mata,
Alin teringat kan farid,
kawan sekelasnya dulu. Farid baik budaknya dan dia pandai. Dalam kelas
dulu, kalau Alin No 1
tentu farid No 2 dan bersilih ganti. Tapi nasibnya tak da, farid dapat
melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Esoknya, keadaan seperti biasa...alin pulang dari kerja jam 5. tak disangka
suara semalam ada lagi
"ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN", berkali-kali..... Dari
mana suara tu ,jadi persoalanya.
Tapi dari rumah pak din rasanya.
Alin malu nak memandang takut di kata perasan pulak, dia dapat jeling-jeling
je pada keadaan sekitar.
Kini dah seminggu perkara yang sama berulang dan tentunya setiap petang dan
waktu yang sama suara tu
ada dan mula menghantui Alin. Alin dah tak macam biasa, hari demi hari dia
tertanya dari mana suara
tu datang. Dia tak selasa, kalau nak balik kerja dia sanggup tukar baju
kerjanya dengan baju kurung,
baju kebaya supaya kelihatan cantik dan bergaya. Ramai kawan-kawannya
tertanya dan juga ibunya tentang
perubahan alin, alin tak menjawab apa-apa. Boleh le dikatakan "makan tak
lalu, mandi tak basah".
Kalau le suara tu dari farid, alangkah untungnya. Bahagialah hidupnya. Dia
mula berangankan yang
indah-indah hidup bahagia dengan farid. Dah lama sebenarnya dia menyukai
farid tapi dulu masih sekolah,
tak boleh. Farid juga pernah mencurahkan hatinya pada alin tapi waktu itu
alin menolak dengan alasan
dia nak tumpukan dengan pelajaran. Ini lah masa yang sesuai dan
ditunggu-tunggu.
Hari ni alin bangan awal, bersemangat dia nak pergi kerja dan tentunya saat
yang ditunggunya patang
nanti masa pulang. Alin bertekat dalam hatinya dia akan melihat dan mencari
suara itu, dia tak nak
jeling-jeling je lagi, dia nak pandang dan pastikan siapa yang menyapa dia
selama ini.
Dalam bas pulang dari kerja petang tu alin mula berdebar-debar, dia
mengarang ayat apa nak cakap kalau
orang tu menyapa dia. Rasa bas cepat betul sampai ke tempat yang dia selalu
turun. Dia mulakan langkah
pertama dengan bacaan bismillah dan teruskan melangkah. Dia menjaga langkah
dengan sopan (Control cun).
Sampai di simpang rumah pak din yang dimaksudkan, suara itu ada lagi,
seperti yang disangka,
"ASSALAMMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin terhenti dia
membatukan hatinya dan ingin
melihat sapa gerangannya suara itu.
Alin menoleh ke kiri dan ke kanan, tak ada orang pun. Dan sekali lagi suara
tu kedengaran,
"ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin amati betul-betul,
alangkah sedihnya dia
rupa-rupanya BURUNG KAKAK TUA kepunyaan pak din yang bersuara. Baru dia
perasan, patut le setiap hari
pertanyaannya sama. Alin melangkah ke rumah dengan perasaan hampa, tetapi
kekadang dia ketawa keseorangan
mengenangkan cerita yang dia laluinya.
Moral : jangan control cun sangat bila berjalan ...hehehehek, tak ada le
gurau je. Sesaja nak rehatkan
kepala pepetang ni ya tak. Jangan marah...... jangan marah...aku pun terkena
beb...
Naper lah dlm dunia hari ni manusia di penuhi dgn hasad dengki, iri hati, tiada budi pekerti, yg baik budi boleh di bilang dgn jari.....