UMAR KHAYYAM
Ahli pujangga, astronomi, sufi, filsuf dan matematik terkenal Persia pada masa Seljuk (abad ke-11) adalah Umar Khayyam. Nama penuhnya adalah Ghiyasuddin Abu Fath Umar bin Ibrahim al-Khayyam, iaitu pembuat tenda (al-khayam). Umar Khayyam dilahirkan pada 1048 di Nisabur, ibukota Khurasan di timur laut Iran, yang bersempadan dengan Tadzikistan. Di kota ini pula beliau dibesarkan dan mulai dididik. Nisabur adalah pusat pendidikan Persia ketika itu. Kemudian beliau melanjutkan pendidi...
UMAR KHAYYAM
Ahli pujangga, astronomi, sufi, filsuf dan matematik terkenal Persia pada masa Seljuk (abad ke-11) adalah Umar Khayyam. Nama penuhnya adalah Ghiyasuddin Abu Fath Umar bin Ibrahim al-Khayyam, iaitu pembuat tenda (al-khayam). Umar Khayyam dilahirkan pada 1048 di Nisabur, ibukota Khurasan di timur laut Iran, yang bersempadan dengan Tadzikistan. Di kota ini pula beliau dibesarkan dan mulai dididik. Nisabur adalah pusat pendidikan Persia ketika itu. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan menengah dan tinggi di Samarkand. Beliau menulis banyak karya ilmiah penting. Atas perintah sultan, beliau membangunkan observatorium di istana (1074). Beliau juga memperbaharui kalender Jalali (kalender Persia) yang digunakan di Iran sehingga abad ke 20. Beliau meninggal dunia pada 1131 dalam usia 83 tahun dan dikebumikan di Nasibur. Umar Khayyam mewariskan karya ilmiah dan sastera yang sangat berpengaruh di dunia.
Sufi -----------------
Umar Khayyam mengkritik kekeliruan yang menganggap bentuk relatif sebagai kebenaran mutlak. Kerana syairnya berasaskan sufi dan sulit difahami, banyak pembaca menilainya sebagai pengajur "firasat hedonisme", setelah membaca terjemahan Fitzgerald. Sebahagian syairnya dianggap sebagai penolakan kepastian hidup dalam agama. Nada syair seperti itu dapat difahami, kerana ia hidup pada masa penjajahan Turki Seljuk. Ketika itu kebebasan berfikir terbatas. Yang berkembang di Persia adalah ilmu fikih, kalam, dan ilmu khotbah. Sebaliknya, logika, firasat dan ilmu rasional lain mengalami kemunduran.
Salasilah Umar Khayyam -----------------
1048 -
Lahir (18 Mei) di Nisabur
1074 - Membangun sebuah Observatorium di Isfahan
1078 - Menyempurnakan kalendar Persia yang dicipta oleh Jalaludin Abu al-Fath
1098 - Mengembara, mengajar dan menulis karyanya.
1131 - Wafat (4 Disember) dan dimakamkan di Nisabur.
"Jika tidak ada wali-wali itu para 'ulama' maka tidaklah ada bagi Allah seorang wali dalam permukaan bumi"
oleh Imam Syafie
"Udep Sare Mati Syahid"
hehehe.....
Danga bay terasa ker gegarnya...
Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...