RASULULLAH  s.a.w  telah  bersabda  yang  bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
-
Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
-
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
-
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
-
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
-
Jika terpenjara akan dibebaskan.
-
Jika musafir membacanya,akan mendapat kesenangan apa yang dilihatny...
RASULULLAH  s.a.w  telah  bersabda  yang  bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
-
Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
-
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
-
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
-
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
-
Jika terpenjara akan dibebaskan.
-
Jika musafir membacanya,akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
-
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
-
 Jika  dibacakan  kepada  orang  yang telah meninggal dunia,  Allah meringankan siksanya.
-
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
-
Jika  dibacakan  kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
-
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap  sesuatu mempunyai hati  dan  hati  al-Quran  itu  ialah Yassin. Sesiapa membaca surah  Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya  seperti  pahala membaca  al-Quran  sebanyak 10 kali.
-
 Sabda  Rasulullah  s.a.w  lagi,  "Apabila datang ajal orang  yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa  malaikat berbaris bersama Malaikat  Maut.  Mereka berdoa  dan  meminta  dosanya diampunkan Allah, menyaksikan  ketika  mayatnya dimandikan dan  turut menyembahyangkan jenazahnya".
-
 Malaikat  Maut  tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca  Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.  Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke  dalam  kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
-
Rasulullah s.a.w bersabda  selanjutnya:  "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat