assalamualaikum......
buat semua warga MM, moga hari ini adalah hari bahagia dan hari terbaik anda....
ini kali pertama inas menulis dalam ruang forum nie. biasanya inas cuma respon aje pada forum yang ada.sebenarnya, inas sekarang dalam usaha mencari CINTA ALLAH dan CINTA LELAKI.
CINTA LELAKI yg inas cari adalah untuk seorang insan yang boleh bergelar suami.cinta ini pernah inas temui semasa inas di kolej dulu tapi ALLAH itu yang mengetahui segalanya cinta inas tak kesampaian. namun in...
assalamualaikum......
buat semua warga MM, moga hari ini adalah hari bahagia dan hari terbaik anda....
ini kali pertama inas menulis dalam ruang forum nie. biasanya inas cuma respon aje pada forum yang ada.sebenarnya, inas sekarang dalam usaha mencari CINTA ALLAH dan CINTA LELAKI.
CINTA LELAKI yg inas cari adalah untuk seorang insan yang boleh bergelar suami.cinta ini pernah inas temui semasa inas di kolej dulu tapi ALLAH itu yang mengetahui segalanya cinta inas tak kesampaian. namun inas dan dia terima mungkin hubungan kami ALLAH izinkan cuma setahun.selepas itu,inas lupakan CINTA LELAKI untuk memberi tumpuan kepada diri,kerjaya dan keluarga tercinta.
Kini bila usia menginjak dewasa inas rasa diri terlalu kerdil bila berhadapan denganNYA. inas mulakan pencarian itu mencari CINTA ALLAH. cinta yang amat inas perlukan dalam membentuk diri menjadi hamba yang taat,umat kekasihNya yang solehah, anak yang solehah, isteri dan ibu yang solehah serta menjadi masyarakat yang baik.
pernah hati inas terlalu kosong hingga tak tau apa nak buat.lalu inas panjatkan doa mohon dibuka ruang untuk inas peroleh CINTA ALLAH.alhamdullilah sekarang hati semakin tenang.namun CINTA ALLAH masih lagi inas tagih.
kini inas mencari CINTA LELAKI sebagai memenuhi tuntutan fitrah seorang insan.CINTA LELAKI yang mana bila inas mencintainya ia akan menguatkan lagi cinta inas pada ALLAH.
CINTA LELAKI yang mana dengan mencintainya mak dan abah serta family inas akan turut bahagia dan keluarganya akan turut gembira.
CINTA LELAKI yang mana dengan mencintainya diri inas juga gembira dan inas juga mengharapkan agar sidia turut gembira kerna inas pasti memberi cinta inas padanya selain cinta inas pada ALLAH yang tak terhingga
namun adakah ianya akan inas temui?.........
usaha,yakin dan tawakal insyaallah berjaya....kerana semuanya urusan Allah