Padah tunjuk isyarat lucah
SUBANG JAYA: Tindakan biadab seorang samseng jalanan menunjukkan isyarat lucah terhadap dua anggota polis yang menahannya kerana melakukan kesalahan jalan raya, membawa padah apabila dia terpaksa bermalam dalam lokap gara-gara tindakannya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua anggota polis beruniform cuba menahan sebuah Proton Wira yang melanggar lampu isyarat merah di jalan besar di Seri Kembangan, di sini, semalam.
Bagaimanapun, pemandu k...

Bagaimanapun, pemandu kereta berusia lingkungan 20-an itu terus memecut menyebabkan polis mengejar kenderaannya sebelum dipintas tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata: “Ketika anggota polis itu memintas keretanya, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis beruniform itu.â€
Beliau berkata, selepas keretanya ditahan, dua anggota polis itu meminta suspek menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandunya.
Katanya, lelaki itu bukan saja enggan menunjukkan kad pengenalan, malah cuba menghalang anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadapnya.
“Ketika cuba ditahan, suspek menolak seorang daripada anggota polis itu menyebabkan cermin matanya jatuh dan pecah,†katanya.
Menurut Muhd Fuad, lelaki terbabit bagaimanapun dapat ditahan dan ketika hendak dibawa ke balai, dia cuba menyogok dua anggota polis itu.
Beliau berkata, kedua-dua anggota polis itu bagaimanapun tidak terpedaya dengan sogokan wang yang dibuat lelaki itu menyebabkan dia terus dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak memiliki lesen memandu dan kereta yang digunakannya adalah milik kakaknya,†katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
You WilL NeVer KnoW tRue HaPPinesS unTil You HaVe Truly LoveD, anD You WilL nEvEr unDerStanD wHaT Pain reaLLy iS unTil You HaVe LosT IT.