.... dan Selamat pagi buat semua warga MM .....
Tazkirah pagi ketika fikiran belum lagi bercelaru .... buat tatapan rohani ....
Satu daripada dasar hidup yang penting yang dibawa oleh Rasulullah SAW. selain dari aqidah dan syariat ialah akhlak. Akhlak Islam merupakan satu disiplin hidup yang berkaitan dengan tingkah laku manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
Akhlak terpuji yang perlu diikuti ialah akhlak junjungan kita Nabi Muhammad SAW, yang digambarkan oleh All...
.... dan Selamat pagi buat semua warga MM .....
Tazkirah pagi ketika fikiran belum lagi bercelaru .... buat tatapan rohani ....
Satu daripada dasar hidup yang penting yang dibawa oleh Rasulullah SAW. selain dari aqidah dan syariat ialah akhlak. Akhlak Islam merupakan satu disiplin hidup yang berkaitan dengan tingkah laku manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
Akhlak terpuji yang perlu diikuti ialah akhlak junjungan kita Nabi Muhammad SAW, yang digambarkan oleh Allah dalam Al Quran surah Al Qalam: 4 , yang bermaksud
" Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung"
Ketinggian akhlak adalah melambangkan ketinggian Iman seseorang. Akhlak seseorang itu dicirikan oleh tingkah laku dalam kehidupan bermasyarakat seseorang. Orang tidak sabar, cepat marah, tidak memaafkan orang lain, sombong, riak, takabbur, bercakap besar, dan bersifat mazmumah yang lain adalah mengamalkan akhlak syaitan. Justeru itu kita harus banyak melihat diri kita, mencerminkan diri kita dan bermuhasabah sedalam-dalamnya diri kita, agar kita tidak sentiasa ditipu oleh syaitan yang telah menguasai diri kita.
Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada individu Muslim yang berakhlak mulia sehingga disebut dalam hadis bahawa orang yang dikasihi oleh Rasulullah SAW. Dan akan duduk bersamanya dan para sahabat di hari akhirat ialah orang yang berakhlak mulia.