Suatu ketika datanglah seorang peminta sedekah kepada Sayyidina Ali ra..Beliau kemudiannya telah menyuruh salah seorang dari kedua anaknya untuk memberitahu ibu mereka, Fatimah raha agar memberikan satu dirham daripada enam dirham yg disimpan olehnya..Anaknya pergi tetapi kembali dan menyampaikan kata2 ibunya bahawa wang itu sudah disimpan untuk membeli tepung..
Jawab Ali ra "Manusia tidak akan sempurna keimanannya sendiri selagi mana ia masih bergantung kepada apa yg ada di sisinya dari...
Suatu ketika datanglah seorang peminta sedekah kepada Sayyidina Ali ra..Beliau kemudiannya telah menyuruh salah seorang dari kedua anaknya untuk memberitahu ibu mereka, Fatimah raha agar memberikan satu dirham daripada enam dirham yg disimpan olehnya..Anaknya pergi tetapi kembali dan menyampaikan kata2 ibunya bahawa wang itu sudah disimpan untuk membeli tepung..
Jawab Ali ra "Manusia tidak akan sempurna keimanannya sendiri selagi mana ia masih bergantung kepada apa yg ada di sisinya daripada apa yg ada di sisi Allah Taala..Suruhlah ibumu memberikan kesemua dirham itu.."..Setelah mendapat peringatan daripada suaminya, Fatimah raha tidak ragu2 lagi terus memberikan kesemua dirham tersebut kepada peminta sedekah tadi..
Sebelum Ali ra berganjak dari tempatnya, tiba2 datanglah seorang penjual unta, kemudian Ali ra menanyakan harganya dan penjual itu menjawab "140 dirham"..Ali ra pun membeli unta tersebut dengan berhutang dan berjanji akan membayarnya kemudian.. Tidak lama kemudian datanglah seseorang, ia telah melihat unta itu dan bertanya " Siapakah pemilik unta ini?"..Ali ra menjawab " Saya.." Org itu bertanya lagi "Mahukah kamu menjualnya?"..Ali ra menjawab..
"Ya.."..Apabila org itu bertanyakan harga unta tersebut Ali ra menjawab "200 dirham"..Org itu bersetuju dan membeli unta tersebut serta membawanya pulang..
Setelah itu Ali ra membayar hutang 140 driham kepada penjual unta yg pertama tadi dan keuntungan sebesar 60 dirham itu dibawanya ke rumah dan diserahkan kepada isterinya..Fatimah raha bertanya " Dari mana wang ini?"..Ali ra memberitahu isterinya "Allah telah berjanji melalui Rasulnya saw bahawa barangsiapa yg melakukan kebajikan akan mendapat balasan sepuluh kali ganda".. (Kanzul 'Ummal - Fadhilah Sadaqah)
sahabat2 umpama bintang di langit, barangsiapa mengikut salah satu daripadanya nescaya dia tidak akan sesat