assalamualaikum.
saya tertarik dengan satu berita dalam utusan bertarikh 23 mac 2005 di bahagian pertama muka surat terakhir. tajuknya '50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhlak'. bila saya baca, saya juga tertarik dengan satu petikan ucapan oleh pengurus program sisters in islam, Masjaliza hamzah. menurutnya , cara seseorang itu berpakaian serta bagaimana, di mana dan dengan siapa mereka memilih untuk bergaul adalah perkara peribadi dan pilihan persendirian.
dan datin paduka Mar...

dan datin paduka Marina Mahathir pula berkata, generasi muda sekarang menerima satu bentuk ancamanbaru di mana apabila mereka melakukan kesalahan melibatkan akhlak, mereka akan terus ditahan oleh pihak berkuasa.
'bagaimana kita menyatakan tindakan pemuda-pemudi berkenaan menyalahi tuntutan agama sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah satu bentuk pencerobohan hak asasi manusia'..
apa pendapat anda sekalian?
di manakah hak Islam terhadap umatnya? apakah hak pihak berkuasa terhadap orang yg diperintahnya? perlu dibiarkah remaja sekarang terutamanya anak melayu islam bergelumang dengan akhlak buruk? atau pun ada maksud tersirat lain yang masih belum terungkap daripada kata kata tersebut? null
Tunjukkan kami jalan yang lurus...
Orang yang buat maksiat boleh di tahan & di saman atas kesalahan yang di buat mengikut enakmen / akta yang sediada walaupun ianya bukanlah berbentuk 'jenayah', sepertimana saman parking kenderaan, saman road tax tamat tempoh dan sebagainya yang bukan bersifat jenayah tetapi menyalahi akta / undang2 yang sediada.