PARIS: Pakar seismologi berkata, kemungkinan berlaku satu gempa bumi yang sangat kuat di barat Sumatera sebagai susulan tsunami pada 26 Disember lalu.
Banda Aceh yang sudah musnah ibarat padang jarak padang tekukur akibat tsunami lalu, kini bakal diancam gempa bumi pada skala 7.5 Richter sekali gus boleh menyebabkan berlakunya tsunami lagi, kata mereka.
Gempa bumi pada skala 8.5 skala Richter menyebabkan berlakunya tsunami pada 26 Disember lalu.
“Perkiraan kami menunjukkan berl...

“Perkiraan kami menunjukkan berlaku pertambahan yang jelas terhadap tekanan di dua sesaran di wilayah Sumatera sejak 26 Disember lalu,†kata pakar seismologi di Universiti Ulster di Britain, John McCloskey kepada AFP.
McCloskey menegaskan gempa bumi susulan boleh berlaku dengan cepat dalam zon tertentu.
“Wujud tekanan di sesaran tertentu dan ia pasti boleh menyebabkan gempa bumi,†katanya.
Menurutnya, kuasa dihasilkan akibat gempa bumi pada 26 Disember lalu menyebabkan bahagian tertentu pada dua sesaran yang sudah retak mengalami tekanan maksimum.
Salah retakan berlaku di kawasan timur Sumatera akibat gempa bumi pada 26 Disember lalu dan menyeberangi kawasan barat laut kepulauan berkenaan. Satu lagi sesaran dikenali sebagai Sunda Trench menjangkau sehingga ke selatan pulau berkenaan dan selari dengan kawasan pantai yang mengalami tsunami pada 1833 serta 1861.
“Kami bukannya cuba untuk menakutkan sesiapa. Kami mungkin boleh mengkaji banyak lagi gempa bumi di tempat lain. Bagaimanapun kami ingin menegaskan bahawa tekanan pada retakan di kepulauan itu meningkat kemungkinan dengan hebatnya.
“Malah kami juga bersedia untuk menghadapi sesiapa yang menafikan kajian kami. Kami tidak boleh katakan bahawa akan berlaku gempa bumi tahun depan atau pada waktu tertentu. Ketika ini, saya tidak mahu melakukan sebarang spekulasi mengenai sains.â€
Lebih 250,000 orang terbunuh di sebahagian besar kawasan di Asia dan Afrika termasuk Indonesia, Sri Lanka, Malaysia, Maldives dan Thailand akibat tsunami yang melanda pada 26 Disember lalu. – Reuters
~~beerita harian online ~~
Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...