jika kau disayang..
sematkan benih kejujuran..
yang subur di dasar hati..
harapnya tertanam teguh..
tidak bergoyang di cuit angin..
walau selembut hembusan..
tetap sekadar menyapa..
datang dan pergi..
sebebasnya..
jika kau menyayang..
tebarkan jala ke lautan..
memerangkap anak-anak ikan..
yang berkejaran riang..
walaupun jerih untuk diperoleh..
itulah hasil terbaikmu..
menongkah arus bersama jala..
menduga lautan luas..
tidak mengendahkan nelayan
berpukat tunda..
yang memer...
jika kau disayang..
sematkan benih kejujuran..
yang subur di dasar hati..
harapnya tertanam teguh..
tidak bergoyang di cuit angin..
walau selembut hembusan..
tetap sekadar menyapa..
datang dan pergi..
sebebasnya..
jika kau menyayang..
tebarkan jala ke lautan..
memerangkap anak-anak ikan..
yang berkejaran riang..
walaupun jerih untuk diperoleh..
itulah hasil terbaikmu..
menongkah arus bersama jala..
menduga lautan luas..
tidak mengendahkan nelayan
berpukat tunda..
yang memerangkap segalanya..
jika kau dirindu..
kirimkan warkah harum..
yang ditinta haruman kasturi..
sebagai bingkisan kenangan..
meleraikan bibit-bibit gundah..
permata hati..
setia mengharapkan jelingan..
dari sepasang mata keperangan..
tampak jernih berkaca di hujung alis..
tertunduk malu duhai permata..
ditusuk panahan rindu..
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."