beza sahabat, teman, kawan, rakan, taulan
Seringkali kita tertanya-tanya
emm..
Seringkali kita tertanya-tanya, apa beza sahabat, teman, kawan, rakan, taulan. bezanya hanya dapat diselami dengan mata hati.. A friend in need is a friend indeed!!
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri...Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana memepunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa a...
14 comments
Comments (14)
Antara kelukaan ygn paling pedih adalah dilakukan oleh teman yang paling rapat diantara teman2 yang aku ade..
21 years
hermm din.. amat membantu..
thanks a lot..
"Udep Sare Mati Syahid"
thanks a lot..
"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Thanks Din.... atas penjelasan
Thanks take care!!!!
ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan
tikaku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala
menitis airmataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu oh Tuhan
titisan airmata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dulu resah kaliru
cintaku takkan pudar
diuji dugaan
mengharum dalam harapan
mogakan kesampaian kepada Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina
menitis airmata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatinya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama teman....
UNIC
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

kawan + sahabat + teman !!!
Pernah dengar perkataan kawan? Pernah dengar perkataan sahabat? Pernah dengar perkataan teman? "Apa beza antara semuanya.
Apa definisi yang boleh ditonjolkan untuk menunjukkan ketiga-tiga perkataan tersebut berbeza dari segi makna bagi diri kita. Bukankah semuanya sama?" Ya, mungkin. Sama, tapi tak mungkin serupa.
"Kenapa pula?"
Ketiga-tiganya mungkin kita lihat sama andainya kita memandangnya dari sudut persahabatan dan ikatan akal serta fikiran sesama makhluk. Ketiga-tiganya akan jadi tidak serupa andainya kita memandangnya dari sudut persahabatan yang disulam dengan kasih sayang, rasa cinta, kepercayaan dan keyakinan serta kebahagiaan yang terbawa bersama-samanya.
"Aku kurang faham. Cuba jelaskan?"
Baiklah. Pertama, kawan. Siapa yang kau istilahkan sebagai kawan? "Bagi aku, kawan adalah seseorang yang rapat dengan aku, seseorang yang boleh dibawa bercerita, tapi tak sepenuhnya cerita yang melibatkan hati dan perasaan dapat disampaikan secara terang-terangan kepadanya. Pendek kata, masih wujud batas-batas tertentu atau benteng yang menemboki pertuturan. Dalam sesetengah perkara, aku masih belum mampu meluahkan secara jujur segala yang melibatkan hati dan perasaan." Kedua, sahabat. Bagaimana pula definisi sahabat bagi diri kau.
"Mmm...sahabat. Sama seperti kawan. Tapi, bagi aku, sahabat ada keistimewaannya tersendiri. Sahabat lebih memahami. Sahabat lebih peka dengan keperluan diri. Sahabat lebih terbuka dengan segala apa yang dimiliki. Boleh berkongsi apa sahaja. Perihal kehidupan juga perasaan. Sahabat juga sukar dicari. Dalam terang mungkin ia bersembunyi (memetik kata-kata seseorang).
"Bagaimana pula dengan teman?
"Teman tak ubah semacam sahabat. Tapi, teman lain".
"Apa bezanya? "Dalam diri teman, ada sahabat. Tapi, dalam diri seorang sahabat belum belum tentu ada seorang teman. Dalam diri teman ada kasih sayang, cinta serta definisi kehidupan yang utuh dalam akal fikiran. Dalam diri sabahat pula, kita masih akan menemukan kasih sayang serta definasi kehidupan. Tapi, kita tidak akan sekali-kali terjumpakan cinta dalam dirinya. Kasih sayang terhadap sahabat sangat tulus, dan andainya disulam dengan rasa cinta, dikhuatiri rasa tulus itu akan hilang sebaik terhempasnya badai dugaan. Berbeza dengan teman, kita lebih sanggup mengambil risiko menghadapi seberapa hebat pun hujan cubaan yang datang, kerana kekuatan cinta biasanya diyakini dapat menempis segala bentuk dugaan seumpama ini. Bagi aku, istilah teman lebih hampir kepada teman hidup. Teman yang bakal mewarnai kehidupan pada masa depan".
"Nampak seperti kau begitu jelas dengan ketiga-tiganya."
"Mungkin. Tapi kadang-kadang pemikiran yang jelas pun tersangat mudah dikelirukan dengan cuma satu persoalan. Persoalan yang memerlukan jawapan satu antara dua. Kedua-duanya punya kriteria yang tidak sama. Ada pro kontranya. Ada positif negatifnya."
"Tapi, seperti menjawab soalan dalam dewan peperiksaan, penilaian untuk memilih satu jawapan yang terbaik antara dua bukanlah mudah. Perlukan perhatian, perlukan penelitian dan semestinya perlukan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Namun, kita masih beruntung kerana diberi peluang mengulang-baca setiap satu soalan yang dikemukakan. Kita masih boleh menimbang baik buruk pilihan yang bakal dilakukan. Kita sentiasa diberi peluang sebenarnya. Sebanyak mana pun peluang yang datang, kadangkala manusia lupa juga. Lupa bila peluang tersebut datang berkali-kali. Terus langsung tidak dihargai."
Kau sepatutnya jadi manusia yang paling bersyukur. Syukur dengan nikmat kasih sayang yang Dia berikan. Bukan mudah mencarinya. Jadi, janganlah senang-senang kau buangkannya begitu saja. Belajarlah jadi seseorang yang tahu menghargai ketiga-tiga anugerah ini. Kawan, sahabat dan teman. Jika tidak, kau cuma akan dilihat tidak ubah seperti seekor kupu-kupu. Kupu-kupu yang patah sayapnya...
...dan di mata hati kalian, siapakah aku kalian letakkan? mungkinkan kawan? sahabat? atau teman?
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

sahabat yang paling sejati ialah sahabat dapat membimbing sahabatnya ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT untuk menuju ke syurga...
alangkah indahnya kalu dapat sahabat yang berpimpinan tangan menuju ke syurga....
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"
"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"
21 years
x apa kupunyati...
kalau dapat please post ke MM nie...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
kalau dapat please post ke MM nie...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
emmmmm ape nk kata ye ..
sori lah zana otak dah buntu .. mengantuk nya....
"Hatiku....hatiku JUa