persoalan cinta? pada hati atau kata-kata?
emm..
persoalan cinta tak berkesudahan..
sentiasa segar dan berkembang..
ibarat kudup-kudup ros..
berkembang seiring embun pagi..
melebarkan kelopak zahrahnya..
tatkala titisan jernih..
gugur menyinari zat merahnya..
persoalan cinta akan terhenti..
pergi bersama sinar petang..
yang melabuhkan tirai malam..
kelam dan gelap gelita..
memaksa dedahan ros tunduk sayu..
membiarkan luruhnya kelopak bunga..
melayang-layang diulik bayu peta...
persoalan cinta? pada hati atau kata-kata?
emm..
persoalan cinta tak berkesudahan..
sentiasa segar dan berkembang..
ibarat kudup-kudup ros..
berkembang seiring embun pagi..
melebarkan kelopak zahrahnya..
tatkala titisan jernih..
gugur menyinari zat merahnya..
persoalan cinta akan terhenti..
pergi bersama sinar petang..
yang melabuhkan tirai malam..
kelam dan gelap gelita..
memaksa dedahan ros tunduk sayu..
membiarkan luruhnya kelopak bunga..
melayang-layang diulik bayu petang..
lembut menimpa tanah..
persoalan cinta bersinar kembali..
kiranya esok masih ada..
melewati malam yang kelam..
yang penuh mimpi dan khayalan..
membawa khabar gembira..
buat dedaunan ros..
yang setia melindungnya..
dari kepanasan alam..
cuma debunga tidak menyedari..
wujudnya sehelai daun..
terpaku sentiasa di batangya..
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
kalau meow menayat yang macammana ye...
macam yang ita cakap atau sebaliknya...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."