HaniS
HaniS
21 years
1716 views

Erti Bahagia...

Assalamualaikum wbt ....

(maaf kalau topik ni pernah d'siarkan)

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan..

tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati

Naluri semulajadi yang pinta diisi

Kerananya jejaka rela menjadi suami

Kerananya perawan rela menjadi isteri

Masing-masing dengan harapan

Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya be...

2 comments
Share this post

Comments (2)
Elegant Aries
ASSALAMUALAIKUM. SEWAJARNYA ITULAH GAGASAN YANG HARUS DI TURUTI UNTUK MENGECAPI NIKMAT KEBAHAGIAAN. TAPI BAGAIMANA HENDAK MELANDASI TITIAN ITU? BUKAN MUDAH, PANCAROBA SERING MENGHALANGINYA, LIKU-LIKU HIDUP PASTI MENGGALASNYA. JUSTERU ITU HADAPILAH DENGAN KETAQWAAN DAN KEIMANAN. SEMOGA HIDAYAH ALLAH AKAN SENTIASA MENJADI PEMANDU KEPADA SEBUAH PERJALANAN MENUJU KEPUNCAK BAHAGIA. INSYALLAH.

Insan biasa yang rendah hati hanya mengharapkan keredhaan dari ALLAH S.W.T. Sentiasa muhasabah diri untuk mengenali diri sendiri.
21 years
Nuun
slmt tghari, haniS

Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa

Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan

Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi

Itulah zikir yang hakiki

selamat menghayati..

macik dipinjam sebentar
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.