Moral Yang Tergugat (Morals At Stake) -
(BACALAH PANDANGAN INI DAN NILAILAH SENDIRI - P)
Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005
Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah satu tugas kita yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis kita ialah mengekang keghairahan mereka untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala dadah dan berbual d...
Moral Yang Tergugat (Morals At Stake) -
(BACALAH PANDANGAN INI DAN NILAILAH SENDIRI - P)
Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005
Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah satu tugas kita yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis kita ialah mengekang keghairahan mereka untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala dadah dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka kenali.
Memang sukar kerja itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga. Kini, sudah muncul satu topik baru dalam senarai berbahaya kita itu. Topiknya ialah “serbuan dan tangkapan” yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pegawai agama.
Bagaimana caranya kita mewaspadakan anak-anak akan perkara ini? Apakah kita perlu memberitahu mereka agar menelefon kita secepat mungkin dan tidak mempedulikan orang-orang ini? Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar mematuhi kehendak pegawai agama ini yang pastinya bertindak mengeluarkan arahan yang sungguh memalukan kita?
Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala Lumpur tentu membawa kesedaran kepada kita kerana ia mendedahkan sikap kurang ajar orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini. Apakah tindakan mereka mengaibkan orang-orang yang mereka periksa itu melegakan mereka?
Apakah mereka lega dengan hitungan pahala yang mereka dapat untuk memasuki gerbang syurga dengan tindakan memaksa gadis-gadis muda menunjukkan bahagian badan kepada mereka. Sedangkan inilah kumpulan gadis muda yang mesti berpakaian menutup aurat agar tidak menggoda mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu mual dengan kejadian ini.
maklumat selanjutnya, sila kunjungi http://villailhami.blogspot.com
terima kasih
"Udep Sare Mati Syahid"