ni copy paste jea, kalau dh pernah tersiar sblm ni, maaf ya
- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli
syurga. Rasullullah SAW bersabda "Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal
dunia.
- Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita in...
ni copy paste jea, kalau dh pernah tersiar sblm ni, maaf ya
- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli
syurga. Rasullullah SAW bersabda "Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal
dunia.
- Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki
daripada ahli syurga.
-
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
-
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
- Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya Wanita ini akan kekal bersama suami yang dikahwininya di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.
- Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia
berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."
macik dipinjam sebentar
nampak gayanya kena tukar profesion lak nih...jadi penjual tisu lak...
tapi customer kak ita sowang je...
macam mana ek...nak jual unta ke tisu...
p/s:kalu poligami,ke 4 4 laa jadi isterinya kat syurga...tapi ntah laaa,tu semua urusan-NYA
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...