Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this
for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org
meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2
dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan
saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur,
tidak menangis, tidak ketawa, ...
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this
for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org
meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2
dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan
saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur,
tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu
mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering
lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan
kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi
seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya
sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya
kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan
dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar
tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja
menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk
sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu
bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah!
Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala
sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama
tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya
mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah)
dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang
pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh
orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya
terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar
adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya
bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian.
Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap
kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi
hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi
saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal
ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama
yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta
sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan
dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya
di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik
Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang
mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam
itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu
tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan
yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan
dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke
pintu dapur rumah ibu.
Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara
orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man
memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang
daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan,
kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu
badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu
adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi
kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya
sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai
saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan
tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh
Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah
rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai
mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama
kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah
bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami
berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya
sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga
terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan
Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata
Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
"belakang parang kalau di asah tajam juga"