Ko sape? Siapa kita?
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
Kalau kita tengok pada halaman utama laman web ni, pasti korang semua perasan ayat di atas ni. Mari kita sama-sama renung diri kita sendiri. Adaka...
Ko sape? Siapa kita?
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
Kalau kita tengok pada halaman utama laman web ni, pasti korang semua perasan ayat di atas ni. Mari kita sama-sama renung diri kita sendiri. Adakah kita ni di antara orang orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah?
Apa yang di maksudkan dengan “memakmurkan�
“Sejak dari zaman Rasulullah (saw) lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perundangan, penyebaran ilmu serta pelbagai lagi.†(tertulis spt dlm laman web ni).
Kesimpulannya “memakmurkan†bukan sekadar beribadat tapi adanya majlis ilmu, gerakan dakwah dan lain-lain khidmat. Adakah kita tergolong dalam golongan yang memakmurkan?
Kita lihat pada perkataan masjid-masjid pula atau dlm bahasa arabnya “masajidâ€. Perkataan masajid bermaksud masjid-masjid. Bukan satu masjid. Bukan dua masjid tetapi banyak. Atau dalam erti kata lain perkataan masajid bukan mufrad(satu) atau muthanna(dua) tetapi jamak(banyak).
Kita sama-sama renung diri sendiri(especially kaum Adam), sebanyak mana masjid yang sudah kita makmurkan? Hari ni berapa banyak? Kalau tak dapat pun minggu lepas berapa banyak? Kalau tak dapat gak lagi, bulan lepas berapa banyak? Apa!!!? Masih takde!!!? Kalo camtu tahun lepas berapa banyak? Ala takkan hari jumaat je nak pegi masjid. Hari hari lain tak yah gi masjid sembahyang? Waktu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak tak payah pegi la? Camtu? Sembahyang je kat umah. Siapa yang ajar camtu? Rasulullah tunjukkan tauladan pada kita semua, waktu baginda sedang sakit sebelum wafat pun baginda mintak sahabat papahkan ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah penah mengugut nak bakar rumah orang-orang yang tak berjemaah di masjid. Bukan kejam tapi menunjukkan betapa pentingnya berjemaah di masjid tu.
Kita sama-sama cek iman masing masing. Macam mana keadaan iman kita hari ini? Sedangkan dalam ayat di bawah Allah berfirman:
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian
Jadi kalau kita tak cuba makmurkan masjid-masjid Allah, adakah kita ni benar benar beriman(mukmin sejati) kepada Allah dan hari akhirat? Adakah iman itu sekadar lafaz sahaja? Bagaiman keadaan iman kita hari ini? Ini baru bab sembahyang. Padahal maksud memakmurkan masjid-masjid Allah tu bukan setakat sembahyang je. Jadi macam mana kita sebagai orang Islam hari ini? Tak perlu lah kita nak persalahkan orang kafir ke yahudi ke yang merosakkan atau menjatuhkan agama kita(Islam). Tengok la diri kita.
Sabda Rasulullah S.A.W “Solat itu tiang agamaâ€â€¦â€¦ “Solat membezakan antara iman dan kufur†……. “Aku bersaksi dengan iman orang yang berulang alik ke masjidâ€â€¦â€¦
Kalau kita hari ini tak berulang alik ke masjid camne la agaknya iman kita yea? Please check iman masing2. Macamana nak cek iman? Senang je tengok la amal kita. Sembahyang kita di mana? Masjid, surau, musolla? Rumah?
Janganla sembahyang kat umah, pegila masjid ke surau ke ….
“sembahyang berjemaah dapat 27 kali ganda pahala lebih banyak dari sembahyang bersendirian†kalau budak kecik kita suruh pilih antara rm 27 dgn rm 1 pun tau mana satu nak pilih. Jadi takkan la kita yang akal lebih sempurna dari budak kecik pun tak leh nak beza. Kalau nak sembahyang kat umah gak(bagi lelaki)….. haaaa… pakaila telekung jadi pompuan….senang
“Satu orang yang berwudhuk di rumah kemudian dia pergi ke masjid, setiap langkahnya akan diampunkan satu dosa, di beri satu pahala dan di naikkan satu darjatâ€
Bila dengar sabdaan Rasulullah ni, Sahabat2 akan memendekkan langkah ke masjid, ada jugak yang pusing masjid dulu sebelum masuk masjid.
“satu orang yang pergi ke masjid di waktu malam gelap, Allah S.W.t akan mengurniakannya cahaya yang sempurna di akhiratâ€
Jikalau dikumpulkan segala kegelapan di dunia tidak akan dapat menandingi kegelapan dalam kubur dan jikalau di kumpul segala kegelapan kubur tidak akan dapat menandingi kegelapan di akhirat.
"Iman itu diantara harap dan takut"
Insya Allah sama sama kita usahakan. Kita belajar2 yakin dengan janji Allah.
Yang Menulis Tidak Dapat Manfaat, Yang Membaca Juga Tidak Dapat Manfaat Tapi Yang Amal Yang Dapat Manfaat
Saya mohon ampun daripada Allah & minta maaf pada anda semua
null
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).