ALOR STAR,2 Feb 2005 (Hrkh) – Umat Islam di negara ini khususnya hendaklah berusaha mengelak dari berlakunya gejala 'tsunami' kejahilan kepada setiap diri.
Kejayaan membebaskan diri dari belenggu kejahilan pasti akan membawa setiap diri dan umat ke arah keberkesanan mendapat Rahmat Allah dan jauh dari azab dan siksaNya.
Peringatan ini disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ceramah iktibar Tsunami di Kompleks PAS Kedah, Batu 9...
ALOR STAR,2 Feb 2005 (Hrkh) – Umat Islam di negara ini khususnya hendaklah berusaha mengelak dari berlakunya gejala 'tsunami' kejahilan kepada setiap diri.
Kejayaan membebaskan diri dari belenggu kejahilan pasti akan membawa setiap diri dan umat ke arah keberkesanan mendapat Rahmat Allah dan jauh dari azab dan siksaNya.
Peringatan ini disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ceramah iktibar Tsunami di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Jalan Alor Star - Sungai Petani, baru-baru ini.
Turut berucap di dalam majlis itu adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Naib YDP Majlis Agama Islam Satun Selatan Thailand, Ustaz Amin Benjamin.
Menurut Tuan Guru lagi, keadaan masyarakat Islam yang telah jauh dari agama pada ketika ini adalah berpunca dari hilangnya rasa takut kepada Allah ekoran kejahilan yang bersemadi di dalam diri.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim menyifatkan usaha menjauhkan umat Islam dari menginsafi diri ekoran bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember baru itu adalah urutan dari kejahilan yang tebal di dalam jiwa umat.
"Meskipun ada juga yang bergelar ulama setelah mendapat pengajian tinggi dalam agama tetapi kerana hilang rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka rela menjadi terompah kayu kepada golongan jahil.
"Keadaan inilah yang berlaku di dalam masyarakat kita kini menyebabkan golongan yang telah sedia jahil, telah dan akan selamanya terpengaruh dengan pegangan dan sikap ulama terompah kayu tadi.
"Tidak ada jalan lain mudah dan singkat untuk memastikan umat ini terselamat dari datangnya tsunami baru yang bernama tsunami atau tsunami melainkan dengan segera kembali kepada Islam dan melaksanakan segala kehendakNya," tegasnya.
Beliau yang berkelulusan Sarjana (MA) di dalam bidang agama menyatakan perkara itu bertepatan dengan fenomena yang sedang berlaku di dalam masyarakat masa kini yang seolah-olahnya membiarkan diri disesatkan oleh media massa tidak bertanggungjawab.
klik untuk berita lanjut
http://villailhami.blogspot.com
terima kasih
"Udep Sare Mati Syahid"